Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membayar lebih RM9 juta sebagai wang pampasan kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Abdul Razak diberi tempoh sehingga 30 hari untuk membayar jumlah itu termasuk faedah ke dalam akaun firma guaman keluarga berkenaan.
Dia juga diarahkan membayar kos guaman sebanyak RM25,000.
Bukankah Abdul Razak berulang kali menafikan penglibatannya dalam kes berkenaan?
Kalau benar tidak bersalah, mengapa mahkamah tetap mengarahkan Abdul Razak membayar pampasan?
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/712253/berita/semasa/kerajaan-razak-baginda-diperintah-bayar-rm9-juta-kepada-keluarga-altantuya
Abdul Razak dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.
Model itu dikatakan tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal selam Scorpene atau terlibat dalam sebarang rundingan kontrak.
Abdul Razak memiliki motif peribadi untuk membunuh Altantuya.
Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene.
Namun Abdul Razak 'rimas' dengan perbuatan Altantuya dan mangsa ditembak mati serta diletupkan pada Oktober 2006.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/236909
Mengapa Altantuya meminta wang sebanyak itu daripada Abdul Razak?
Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd.
Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.
Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002.
Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.
Abdul Razak pula mengakui menerima kira-kira 30 juta euro bagi khidmat konsultasi dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.
Namun, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai 'yuran' oleh syarikat Perancis dikenali sebagai DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd.
Syarikat perunding tersebut sangat meragukan kerana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290
Pada 2017, Abdul Razak mendakwa dia sudah melupakan 'kisah silamnya' itu dan mengakui 'sudah tidak peduli'.
Bukankah dulu Abdul Razak pernah melarikan diri ke United Kingdom buat seketika?
Kalau benar tidak bersalah, mengapa melarikan diri ke United Kingdom?
Masih cakap besar lagi dan akhirnya mahkamah memutuskan dia adalah rakan subahat kes berkenaan.
Malah, dia enggan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa sehinggakan mereka memfailkan notis kebankrapan terhadapnya.
SUMBER: https://mountdweller88.blogspot.com/2017/11/razak-baginda-kini.html
Bersalah tetap bersalah. Kuncilah mulut bagaimana sekalipun, bersalah tetap bersalah.
Abdul Razak perlu sedar lambat laun kebenaran akan terbongkar.
Sehingga kini, dia masih dilabel sebagai rakan subahat pembunuhan Altantuya.
Larikan ke hujung dunia sekalipun, Abdul Razak tetap dianggap sebagai penjenayah.
Disebabkan sudah 'kantoi', Abdul Razak melakukan jenayah pembunuhan yang luar biasa.
Comments
Post a Comment