Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak habis-habis dengan dramanya.
Baru-baru ini, dia memuat naik video di laman X miliknya dan memohon doa daripada orang ramai berhubung kes mahkamahnya.
Dulu bila ada kuasa, pegang jawatan menteri, Syed Saddiq sombong dan tak mahu dengar kata sesiapa.
Sekarang apabila keadaan sudah mendesak, mula minta doa orang ramai pula. Drama simpati Syed Saddiq bukan kali pertama dilakukan.
Sebelum ini, dia pernah meminta sumbangan orang ramai untuk membayar ikat jamin dan kos guaman sebanyak RM330,000 pada 2021.
Bayangkan, orang ramai ketika itu masih berhempas pulas untuk kembali bangkit daripada keadaan ekonomi yang buruk susulan pandemik Covid-19.
Namun, Syed Saddiq sewenang-wenangnya meminta duit ikat jamin dan membayar kos guaman daripada orang ramai.
Sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum itu, bukankah Syed Saddiq mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar ikat jamin dan kos guamannya?
Gaji sebagai Menteri bukan sedikit setiap bulan, boleh dikatakan belasan atau puluhan ribu bergantung kepada portfolio.
Ke mana semua duit gajinya?
SUMBER: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2021/07/22/walaupun-50-sen-atau-rm1-saya-perlukan-pertolongan-anda---syed-saddiq-mohon-simpati-mahu-bayar-ikat-jamin-dan-kos-guaman
Pada 2024, Syed Saddiq memohon sumbangan orang ramai sekali lagi menerusi larian marathonnya.
Namun penganalisis politik mengatakan usaha itu tidak memberi kesan signifikan berkenaan soal peruntukan kepada pihak pembangkang.
Penganalisis politik mengatakan Syed Saddiq harus menerima hakikat bahawa lumrah golongan pembangkang tidak akan mendapat dana daripada kerajaan.
Kalau dilihat kembali, Syed Saddiq yang memilih untuk keluar dari blok kerajaan dan membentuk kuasa ketiga.
Tiada siapa yang mendesak Syed Saddiq berbuat demikian.
Dia dengan rela hati melakukan keputusan itu, kononnya atas alasan untuk memperjuangkan prinsipnya yang 'bersih'.
Sedangkan Syed Saddiq sendiri terpalit dengan skandal kewangan.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/710782
Drama Syed Saddiq ini tak pernah berhenti sejak dia menjejakkan kaki ke dalam dunia politik.
Antara dramanya yang popular adalah bantuan banjir dihulurkan tanpa prosedur yang betul serta pernah mendakwa dia terbabit dalam projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar.
Kali ini Syed Saddiq membuat drama air mata untuk cuba 'membuktikan' dia tak bersalah.
Persoalannya, bagaimana dana awam untuk kempen pilihan raya boleh masuk ke dalam akaun ASB peribadi Syed Saddiq?
Sepatutnya dana itu digunakan untuk tujuan kempen tetapi perkara itu tidak berlaku.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/16/projek-tmiyc-pulih-selepas-amaran-mb-johor-bukan-pemantauan-ahli-parlimen-muar-kata-menteri
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rayuan-kes-syed-saddiq-tiada-bukti-wang-derma-digunakan-untuk-kempen-pru14-pendakwaan-517019
Syed Saddiq adalah politikus yang penuh dengan drama simpati.
Orang ramai sepatutnya jangan tertipu dengan 'gaya permainan' politiknya.
Dulu berlagak, tapi sekarang mahu minta doa orang ramai pula.
Kalau benar-benar bersalah, terimalah hukuman dengan hati terbuka.
Mengapa cari 'penyakit' sendiri? Terimalah padahnya.
Comments
Post a Comment