Mukhriz Rakus, Tamak!

Tragedi bencana banjir di Baling, Kedah sejak 4 Julai menyebabkan menyebabkan tiga nyawa terkorban manakala lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah dihanyutkan arus deras.

Bencana itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam melanda daerah itu pada 4 Julai.

Namun isu utama yang dibangkitkan adalah kejadian kepala air yang turut berlaku di Baling.

Kebanyakan pihak mendakwa kejadian tersebut terjadi disebabkan oleh penerokaan hutan untuk dijadikan ladang durian 'Musang King' terbesar dunia.

Namun siapakah dalang sebenarnya yang menjadi punca kepada bencana berkenaan?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/974318/mangsa-banjir-baling-meningkat-591-orang

Berdasarkan laporan media tempatan, Kedah meluluskan pembukaan ladang berkenaan di Gunung Inas, Baling pada 2013, yang didakwa sudah menjalani pelaksanaan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Kawasan seluas 30,000 ekar itu digondolkan untuk dibuat projek penanaman Musang King terbesar dunia pada ketika itu.

Anehnya, mengikut amalan umum perhutanan negara, Jabatan Perhutanan Semenanjung hanya meluluskan kawasan tebangan untuk dijadikan sebagai ladang hutan ganti kepada semua negeri.

Kelulusan ladang hutan ganti bersamaan lima peratus daripada simpanan hutan sesebuah negeri atau bersamaan 15,000 hektar (kira-kira 37,000 ekar) bagi seluruh Kedah.

Namun sebaliknya 30,000 ekar diberikan untuk projek sedemikian. Tambah pelik, projek itu diluluskan meskipun undang-undang menetapkan tanah yang melebihi 1,000 kaki dari paras laut tidak boleh ditebang atau disentuh.

Adakah projek itu mempunyai agenda kepentingan politik tersendiri?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-baling-projek-ladang-durian-di-gunung-inas-mungkin-tidak-laksana-eia-mb-kedah-370045

Persoalannya, siapakah dalang yang meluluskan projek itu? Secara faktanya, Menteri Besar Kedah pada waktu itu adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kalau mahu lebih tepat, Mukhriz memimpin Kedah sebanyak dua kali, Mei 2013 hingga Februari 2016 serta Mei 2018 hingga Mei 2020.

Projek durian itu hanya bermula secara pesat sejak November 2018. Boleh rujuk balik pada tarikh berkenaan, siapakah Menteri Besar Kedah.

Malangnya, projek tersebut hanya menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada penduduk tempatan.

Pada Ogos hingga September 2019, para penduduk Kampung Sineyek, Baling berdepan banjir selepaskKerja-kerja penarahan bukit dan penebangan pokok menyebabkan bencana berkenaan dari tapak projek membawa hakisan pasir dan lumpur ke kawasan penduduk setiap kali hujan lebat.

Pada Jun 2020, lebih 750 keluarga di sembilan kampung dalam Mukim Kupang, Baling terdedah pencemaran air tidak bersih, dipercayai berpunca daripada projek durian tersebut.

Meskipun Mukhriz menafikan pembabitannya, namun anda boleh rujuk balik tarikh beliau menjadi Menteri Besar. Mengapa projek itu hanya berjalan pesat ketika era pemerintahannya?

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/132498/EDISI/Kaji-semula-projek-musang-king

https://majoriti.com.my/berita/2022/07/05/banjir-kilat-di-baling-sudah-dijangka-sejak-2019-tapi-siapa-yang-alpa

Projek itu dihentikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Julai 2020. Namun, ketika projek berkenaan dihentikan, sebanyak 2,000 ekar tanah itu telah ditanam.

Bayangkan bagaimana kerajaan Kedah pimpinan Mukhriz 'melindungi' pengusaha ladang itu ketika rejim pemerintahannya?

Mukhriz seperti diketahui memang hanya ingin 'memenuhkan' kantungnya sendiri, sama seperti bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mukhriz juga pernah menjual sebidang tanah milik Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China pada 2018.

Ini bermakna, Mukhriz sebenarnya tidak pernah langsung mempedulikan nasib penduduk Kedah, sebaliknya mengaut keuntungan dengan pelbagai cara.

Biarlah rakyat menderita, asalkan hidup keluarga mereka terjamin. Itulah prinsip keluarga Mahathir, kalau anda hendak tahu.

Sumber: https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

https://www.malaysiakini.com/letters/509478

Satu lagi contoh kepada betapa tamaknya Mukhriz ketika menjadi Menteri Besar Kedah adalah beliau juga didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke akaun bank di Kanada ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah sebelum ini.

Perkara itu didedahkan oleh Muhammad Sanusi dan bukti tentang pemindahan wang itu masih disimpan.

Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun pepatah menyebut, 'kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang'.

Jumlah RM13 juta mungkin hanya nilai yang kecil bagi Mukhriz, namun wang tersebut jika disalurkan untuk rakyat Kedah, banyak perkara yang boleh dibuat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867009/rm13-juta-wang-mbi-kedah-dipindahkan-ke-kanada

Sebab itu, Mukhriz ditolak dan dijatuhkan sebanyak dua kali kerana tidak mendapat sokongan ahli Parlimen lain.

Bukan sahaja UMNO menolaknya, malahan parti-parti lain seperti PAS dan PKR turut menarik balik sokongan terhadapnya kerana gagal mentadbir Kedah dengan baik.

Mukhriz bukan sahaja gagal mentadbir Kedah, malahan menyebabkan ekonomi negeri itu jatuh teruk ketika rejim pemerintahannya.

Sibuk sangat hendak memenuhkan poketnya sendiri, mana sempat hendak fikir soal rakyat.

Bayangkan, rizab kewangan Kedah merosot daripada RM208.94 juta pada 2013 kepada RM43.40 juta pada 2015 manakala jumlah kutipan hasil Kedah turut menurun iaitu daripada RM518.3 juta pada 2013 kepada RM411.05 juta pada 2015 ketika rejim pertama Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/orang-kedah-dapat-menteri-besar-baharu-petang-ini/

https://therakyatinsight.com/jadi-mb-kedah-pun-gagal-dua-kali-mukhriz-tak-layak-cakap-pasal-anwar-ph/

Kerakusan manusia menyumbang kepada bencana alam yang teruk.

Bencana banjir menyebabkan rakyat kerugian harta benda, malahan mengakibatkan nyawa terkorban.

Ketamakan politikus seperti Mukhriz hanya membawa malapetaka kepada rakyat.

Sementara beliau hanyut dengan harta dunia, rakyat pula ‘dihanyut’ dengan bencana banjir.

Sedarlah wahai politikus terutamanya Mukhriz, rakyat tidak memerlukan orang seperti anda!

Comments