Syed Saddiq Tak Peduli Masa Depan MUDA


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini menolak tawaran untuk kembali menjadi Presiden MUDA.

Tawaran itu dikatakan dibuat oleh MUDA selepas Syed Saddiq dibebaskan daripada pertuduhan rasuah.

Syed Saddiq kata dia memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Atau sebenarnya Syed Saddiq tahu MUDA tiada masa depan dalam politik Malaysia?

Memandangkan rekod MUDA yang tidak memberangsangkan semenjak penubuhannya.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1433774/syed-saddiq-tolak-tawaran-kembali-jadi-presiden-muda


Jika dilihat dari prestasi beberapa pilihan raya terdahulu, MUDA masih belum menampilkan rekod yang meyakinkan.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), MUDA hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Muar.

Syed Saddiq menang atas tiket pengaruhnya sebagai pemimpin yang dikenali dan lebih popular.

Selebihnya, calon-calon MUDA di seluruh negara bukan sahaja kalah, tetapi kebanyakannya hilang wang deposit.

Malah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023, MUDA gagal memenangi sebarang kerusi dan sukar mencabar calon-calon parti lain.

MUDA juga ketika ini masih mencari sokongan daripada parti-parti besar namun kedegilan mereka untuk menjadi blok ketiga kian memakan diri.

SUMBER: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2215843 


Syed Saddiq juga sudah tidak mendapat sokongan seperti dulu.

Meskipun Syed Saddiq dibebaskan daripada tuduhan rasuah, namun imej buruknya dalam kalangan rakyat masih belum dibersihkan.

Ramai melihat Syed Saddiq sebagai pemimpin muda yang terpalit dengan banyak kontroversi.

Bukan sahaja kes mahkamah, malah dia pernah dikatakan menipu dalam acara triathlon dan cuba mengambil kredit atas kerja orang lain melibatkan projek di Muar.

Rakyat ketika ini lebih bijak menilai setiap wakil rakyat berdasarkan kredibiliti berbanding cakap kosong dan penuh kontroversi.

SUMBER: https://thevocket.com/syed-saddiq-didakwa-menipu-dalam-pertandingan-triathlon-desaru-2024/


Syed Saddiq sebenarnya tidak kisah sekiranya berlaku apa-apa kepada MUDA.

MUDA hanya 'personal brand' buat Syed Saddiq dalam dunia politik.

Syed Saddiq tahu sekiranya dia bergerak secara solo tanpa parti, dia sukar untuk menjalankan aspirasinya.

MUDA seolah-olah hanya dijadikan sebagai 'bahan eksperimen' buat Syed Saddiq.

Apabila MUDA gagal di hati rakyat, Syed Saddiq menolaknya terus dan lebih fokus kepada kisah percintaannya bersama selebriti.

Syed Saddiq lebih mementingkan 'personal brand' daripada masa depan MUDA.

SUMBER: https://www.nst.com.my/news/nation/2024/02/1012619/syed-saddiq-speaks-out-no-regrets-muda-presidency-resignation


MUDA sepatutnya bergerak ke hadapan tanpa Syed Saddiq.

Sampai bila MUDA mahu duduk di bawah bayang-bayang Syed Saddiq?

Syed Saddiq sendiri tidak membawa sebarang impak positif kepada MUDA.

Kalau MUDA masih mahu terus melantik Syed Saddiq sebagai Presiden, tukar sahaja nama parti.

'Parti Syed Saddiq dan rakan-rakan' adalah lebih baik rasanya. 

Comments