Kegagalan Amira Aisya Sebagai ADUN

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz menggesa kerajaan negeri Johor untuk melaksanakan peruntukan khas bagi pihak berkuasa tempatan untuk menangani banjir kilat di Johor Bahru.

Amira Aisya juga mencadangkan kerajaan negeri membentuk jawatankuasa khas bagi menangani krisis iklim dan bencana banjir.

Baguslah kalau Amira Aisya sebagai wakil rakyat Johor bersuara dan mencadangkan sesuatu.

Namun, tidak pula nampak batang hidung ahli-ahli MUDA lain membantu 'gotong-royong'.

Daripada mencadangkan segala bentuk idea, baik Amira Aisya menyuruh ahli-ahli MUDA agar turun padang membantu mangsa banjir.

Atau ahli-ahli MUDA sedang 'berseronok' meneguk arak dan bergaul bebas?

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/08/03/johor-muda-rep-urges-state-govt-to-come-up-with-long-term-solution-to-flash-floods/20780

Kalau bab mencadang, semua orang boleh beri cadangan. Tapi bagaimana pula tindakan daripada anda sendiri?

Agaknya Amira Aisya lupa bahawa dia pun bukanlah seorang wakil rakyat yang memberi banyak sumbangan.

Mac lalu, berlaku kebakaran di Felda Ulu Tebrau, menyebabkan lima premis perniagaan hangus dan mangsa hilang harta benda serta sumber pendapatan.

Namun yang menjadi tumpuan, Amira Aisya yang baru diundi menjadi wakil ADUN Puteri Wangsa memberi alasan tidak munasabah ketika rakyat meminta pertolongan daripadanya.

Bayangkan, alasan yang diberi adalah 'YB belum mengangkat sumpah'.

Bukankah itu satu kenyataan bersifat lepas tangan? Hanya selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turun padang meninjau lokasi kebakaran, barulah Amira Aisya 'terhegeh-hegeh'.

Itu adalah satu tindakan tidak profesional daripada seorang wakil rakyat yang dilantik dan dipilih oleh rakyat.

Belum setahun memegang jawatan, sudah 'tunjuk belang'.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/939103/sultan-johor-biayai-kos-bina-semula-gerai-terbakar

https://sumberkini.my/gerai-terbakar-lima-peniaga-felda-ulu-tebrau-terima-kurniaan-sultan-johor/

Amira Aisya pada Mei lalu berkunjung ke Kelantan dan memberi komen tidak sewajarnya berhubung pembangunan Kelantan.

Sepatutnya, Amira Aisya lihat dahulu masalah yang berlaku di DUN Puteri Wangsa sebelum anda hendak mengkritik kawasan lain.

Pencemaran kronik Sungai Tebrau yang merupakan sungai ke-53 tercemar di dunia masih belum diselesaikan.

Sultan Ibrahim pernah bertitah sejak 2017 bahawa Baginda cukup kesal dengan pencemaran Sungai Tebrau tersebut.

Isu penduduk setinggan di kawasan Sungai Tebrau yang tinggal di kawasan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selama 23 tahun turut tidak diselesaikan.

Isu bau busuk loji kumbahan najis Taman Sinaran Kempas yang mengganggu 500 keluarga selama 22 tahun juga belum diselesaikan.

Mengapa hendak sibuk masalah orang lain, jika masalah sendiri belum diselesaikan?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/03/940308/loji-kumbahan-rosak-500-keluarga-hidu-bau-busuk-sejak-22-tahun-lalu

Bukan sahaja Amira Aisya, malahan Presiden MUDA sendiri turut buat perangai ketika Johor dilanda banjir pada awal tahun ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor meramalkan banjir di Muar seawal 31 Disember lagi. Ramalan ini dibuat susulan hujan lebat yang boleh mengakibatkan limpahan sungai-sungai utama seperti di Muar.

Persoalannya, apa persiapan yang telah dibuat Syed Saddiq untuk bersiapsiaga sebelum air sungai mula melimpah? Di mana Syed Saddiq berada sepanjang tempoh satu minggu sebelum kejadian banjir di Muar?

Apa yang kita tahu, Syed Saddiq memang cukup sibuk dengan urusan mempromosikan dirinya dalam semua platform media termasuklah radio.

Misalnya pada 2 Januari lalu, Syed Saddiq berada di konti radio bersama Jake Abdullah untuk membincangkan perkara-perkara yang tidak ada kepentingan langsung.

Siap berseloka lagi seolah-seolah kehidupan mangsa banjir tidak perlu dipedulikan langsung.

Inikah yang disebut-sebutkan sebagai seorang pemimpin rakyat? Sepatutnya, Syed Saddiq hadir memberi bantuan.

Parlimen Muar sebenarnya hanyalah satu platform untuk Syed Saddiq mendapat mandat rakyat.

Apa yang dimahukan Saddiq, iaitu glamor dan kuasa politik ini tidak ada di Muar. Patutlah batang hidung Syed Saddiq pun kita tidak dapat lihat ketika Muar dilanda banjir.

Kalau betul Syed Saddiq seorang politikus yang berfikiran panjang, Syed Saddiq sepatutnya membuat perancangan bersama JPS untuk memastikan penduduk Muar dapat dipindahkan dengan lebih awal.

Sekurang-kurangya, barang-barang berharga dapat dialihkan. Kanak-kanak dan mereka yang berumur juga dapat diberi perhatian yang lebih.

Ini tidak. Sudah banjir baru nak gelabah.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/908960/muar-banjir-teruk-walaupun-tak-hujan

Sepatutnya Amira Aisya perlu ‘mendidik’ ahli-ahli MUDA terlebih dahulu untuk lebih pantas dan proaktif turun padang membantu kerajaan negeri.

Bukan hanya sekadar mengkritik dan mencadang.

Tunjukkan tindakan daripada anda, barulah boleh bersuara

Ini tidak, anda sama sahaja seperti Syed Saddiq. Cuba nak berlagak ‘hero rakyat’ tapi hakikatnya tin kosong.

Peluang sudah diberikan untuk anda jadi wakil rakyat, bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik jawatan itu.

Comments