Mahathir Songlap Wang Pampasan Mangsa Jepun

Pada 2013, beberapa pihak termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan memberikan penjelasan berhubung wang pampasan berjumlah RM207 bilion yang diberikan oleh kerajaan Jepun kepada mangsa serta waris buruh paksa untuk membina Landasan Keretapi Maut dari Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua.

Menurut Anwar, wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam Perbendaharaan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.

Anwar juga meminta kerajaan ketika itu, di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyiasat perkara berkenaan.

Sehingga kini bagaimanapun, tiada sebarang pihak yang bertanggungjawab dalam soal berkenaan dan perkara itu tidak lagi dibangkitkan.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2021/07/17/mahathir-where-is-the-rm207-billion-death-railway-compensation-money/

https://www.malaysiakini.com/news/218393

Rasanya semua sedia maklum bahawa Malaysia pada era 90an diperintah oleh mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri kewangannya adalah Tun Daim Zainuddin.

Mustahil wang berkenaan boleh lesap begitu sahaja. Malahan, Pejabat Gabenor Bank Negara juga mengesahkan wang tersebut disalurkan kepada kerajaan oleh Jepun pada 2014.

Sudah semestinya Mahathir dan Tun Daim perlu menjawab segala persoalan tentang keberadaan wang berkenaan sekarang kerana mereka adalah 'orang penting' yang bertanggungjawab dalam pemerintahan negara pada masa itu.

Tidak mungkin mereka tidak tahu ke manakah perginya wang tersebut. Jika benar mereka berdua 'songlap' wang terbabit, apakah Mahathir dan Tun Daim tiada hati perut membiarkan waris serta mangsa buruh paksa Jepun bergantung tidak bertali?

72,000 rakyat Malaysia menderita akibat kekejaman Jepun namun Mahathir dan Tun Daim tergamak berjoli menggunakan wang tersebut.

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/03/08/bekas-buruh-paksa-jepun-tidak-terbela/

Kalau lihat pada kekayaan kedua-dua mereka, tidak mustahil wang berkenaan 'selamat' masuk dalam poket mereka.

Mahathir sendiri mempunyai kekayaan bernilai AS$45 bilion dan merupakan antara 10 pemimpin dunia terkaya di dunia.

Bayangkan bagaimana Mahathir yang sebelum ini pernah menyatakan beliau tidak boleh menjadi jutawan hanya dengan menjadi Perdana Menteri, tiba-tiba boleh memperoleh kekayaan sebanyak itu.

Hartanya melebihi kekayaan peribadi Ratu Elizabeth II yang ditinggalkan selepas kemangkatannya yang bernilai hanya AS$500 juta.

Sungguh dahsyat Mahathir. Kekayaannya melebihi monarki British dan silap-silap tidak lama lagi boleh berada dalam senarai orang terkaya dunia selepas ini.

Sumber: https://www.lovemoney.com/galleries/83195/the-richest-world-leaders-of-all-time?page=30

Mahathir dan Tun Daim memiliki nilai ekuiti sebanyak RM200 bilion dalam 50 atau lebih bank di seluruh dunia. Bank-bank itu dimiliki oleh Tun Daim iaitu ICB Banking Group yang berpangkalan di Switzerland.

Mahathir sangat licik. Anda tidak akan jumpa satu bukti bahawa wang haram masuk ke dalam akaunnya. Malahan wujud dakwaan bahawa Mahathir mempunyai kroni atau proksi dalam Bank Negara Malaysia.

Beliau bukan sahaja menggunakan anak-anaknya untuk menyembunyikan kekayaannya tetapi juga untuk menyuruh mereka membuat 'sebarang pembayaran' untuknya.

Bayangkan anak-anaknya juga memiliki kekayaan luar biasa. Golongan Cina mengambil masa dua atau tiga generasi untuk mendapatkan kekayaan seperti Mahathir. Cari sahaja kisah taikun Cina seperti Lim Goh Tong, berapa generasi baru beliau dapat memberi kekayaan kepada anak-anaknya.

Sedangkan anak-anak Mahathir hanya memerlukan satu dekad sahaja untuk menjadi kaya seperti taikun-taikun Cina? Adakah menerusi dedikasi atau 'daddy-kasi'?

Mokhzani Mahathir sendiri berada dalam 10 orang paling terkaya di Malaysia. Namun tiada siapa dapat mengheret Mahathir ke mahkamah kerana permainan kotornya.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2017/10/13/mahathirs-rm160-billion-banking-empire/

https://thecoverage.my/tun-daim-owns-74-4-per-cent-of-swiss-bank/

Mahathir sebenarnya memang tidak mempedulikan nasib rakyat. Apa yang paling penting adalah beliau dapat 'sakau' sebanyak mungkin duit rakyat.

Sebab itu, Mahathir begitu 'bersemangat' untuk berada dalam dunia politik meskipun umurnya hampir 100 tahun.

Mahathir masih tidak puas untuk sakau duit rakyat dan mahu anak-anaknya terus mendapat kuasa di negara ini.

Sepatutnya, Mahathir perlu insaf dan bertaubat di kala usianya sudah lanjut. Berhentilah bermain politik dan dekatkan diri dengan Pencipta, bukankah itu lebih baik.

Comments