Muar Berisiko Hilang Ahli Parlimen Jika Undi Syed Saddiq

Nasib penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya diarahkan membela diri.

Selepas lebih setahun dibicarakan atas empat pertuduhan iaitu subahat, pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram, nampaknya Syed Saddiq diminta membela diri.

Keputusan itu dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari 2023 serta 13 dan 14 Mac dan 10 hingga 10 April 2023.

Melihat keputusan berkenaan, pengundi Muar berisiko besar kehilangan Ahli Parlimen di kawasan berkenaan sekiranya mereka memilih Syed Saddiq pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2022/10/896954/syed-saddiq-diperintah-bela-diri

Namun, sebenarnya pengundi Muar tidak rugi pun jika tidak mengundi Syed Saddiq.

Kegagalan demi kegagalan dibuat oleh Syed Saddiq di Muar.

Pada Mac lalu, Syed Saddiq mencetuskan kontroversi apabila dikatakan cuba memecahbelah nelayan Melayu dan Cina.

Syed Saddiq pada awalnya tampil membuat video di media sosial, meminta Kerajaan Negeri Johor mengadakan sesi dialog secara menyeluruh dengan nelayan, peniaga-peniaga kecil dan Ahli Parlimen di Parit Jawa berhubung Projek Maharani Energy Gateway (MEG).

Namun, Syed Saddiq sebenarnya tidak berjumpa langsung dengan persatuan nelayan tapi hanya berjumpa dengan segelintir penduduk sahaja.

Penduduk meluahkan rasa tidak puas hati kerana Syed Saddiq sepatutnya berjumpa dengan persatuan nelayan, bukan dengan penduduk Cina saja dan menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Muar itu hanya mencari publisiti.

Tambah penduduk lagi, Syed Saddiq tidak pernah berjumpa dengan persatuan nelayan sejak menjadi Ahli Parlimen Muar.

Sumber: https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/

Ketika kempen PRU-14, Syed Saddiq muat naik video, biasalah mahu meraih populariti, kena selalu buat video.

Dalam video itu, dia berjanji mahu membina 1,000 buah rumah di Muar. Tiang rumah pun tidak kelihatan selepas sepenggal menjadi wakil rakyat.

Jangan sekadar tabur janji manis semata-mata mahu meraih undi rakyat ketika pilihan raya.

Janji belum terlaksana, Syed Saddiq sibuk mahu bangkitkan isu rumah terbengkalai di Felda Maokil di Bukit Kepong, Muar.

Apabila ada pilihan raya, barulah muncul dengan pelbagai isu yang dibangkitkan. Sebelum ini, batang hidung pun tak nampak di Muar.

Selesaikan dahulu janji mahu bina 1,000 buah rumah. Barulah boleh sembang tentang isu lain.

Sumber: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/1665971376815215/

Golongan belia Muar juga ternanti-nanti janji Syed Saddiq untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan.

Sebelum menjadi kerajaan, berkobar-kobar mahu membantu mengurangkan kadar pengangguran untuk golongan belia.

Malangnya, selepas menjadi kerajaan, kadar pengangguran semakin meningkat dan ada belia di Muar bergantung harap mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan.

Sepatutnya Syed Saddiq malu kerana gagal melunaskan janji berkenaan. Bagaimana Syed Saddiq mahu menjadikan Muar sebagai enjin ekonomi Johor, jika masalah rakyat sendiri tidak diselesaikan dengan baik?

Bantu dahulu rakyat membina pendapatan yang stabil, barulah Muar akan berkembang maju. Jika penduduk Muar masih berada dalam kesempitan hidup, bagaimana mahu berkembang.

Sumber: https://twitter.com/shahrol_shiro/status/1487680130025930756

PRU kian hampir, Syed Saddiq pula makin banyak bikin 'drama' untuk menarik perhatian untuk menarik perhatian pengundi.

Janji lama pun tak ditepati, masih ada hati nak bertanding untuk PRU lagi.

Kes mahkamah pun tidak selesai. Dulu kata Melayu tak elok ambil rasuah tapi diri sendiri terpalit dengan skandal rasuah dan pecah amanah.

Adakah pengundi Muar mahu mengundi wakil rakyat yang 'kotor' seperti Syed Saddiq?

Fikir-fikirkan semasak-masaknya.

Comments