Sanusi Hanya Pandai Retorik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ekoran beberapa isu membabitkan Kedah.

Isu tadbir urus dan perbalahan dengan pihak tertentu membuatkan nama Muhammad Sanusi terpapar di media massa dan media elektronik.

Muhammad Sanusi sewajarnya memberi fokus kepada tugasnya sebagai Menteri Besar dan tidak menjadikan perbalahan dengan pihak tertentu sebagai gurauan.

Banyak lagi tugas yang sepatutnya diberikan tumpuan oleh Muhammad Sanusi terhadap rakyat Kedah.

Sumber: https://mykmu.net/2022/10/07/sanusi-gagal-dan-koyak-bekas-exco/

Baru-baru ini, Muhammad Sanusi dibidas kerana gagal menangani acara konsert sempena Muda-mudi Weekend Fest di Alor Setar.

Ada penonton yang dilihat menari secara liar dan perkara itu bukan sekali sahaja berlaku, malahan sudah kerap terjadi.

Kegagalan Muhammad Sanusi untuk mengarahkan agensi-agensi kerajaan negeri yang berkaitan bagi membuat pemantauan ketika program itu berlangsung, mencetuskan kecaman segelintir pihak.

Muhammad Sanusi digesa untuk mewujudkan garis panduan atau modul bagi program berbentuk hiburan di negeri itu.Situasi hampir serupa pernah berlaku ketika program Kedah Fashion Weeks, pertandingan bina badan wanita dan acara luncur air di Langkawi yang mencetuskan kontroversi.

Kegagalan Muhammad Sanusi untuk menangani semua penganjuran acara kurang bermoral itu menunjukkan kelemahan pentadbiran Menteri Besar Kedah itu.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/638539

Isu perkhidmatan air Kedah yang dikelolakan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) kian merudum di bawah pentadbiran Muhammad Sanusi.

Tahun ini, isu gangguan bekalan air kerap menganggu kehidupan rakyat di Kedah. Diminta pula rakyat suruh bersabar dengan isu ini.

Soalnya sampai bila rakyat boleh bersabar? Muhammad Sanusi sedar atau tidak bahawa air merupakan keperluan asas manusia? Nak suruh rakyat bersabar berapa lama lagi?

Isu bekalan air pun tidak mampu diselesaikan dengan baik namun masih beria untuk membina stadium bola sepak baharu.

Bukankah peruntukan pembinaan stadium itu lebih elok disalurkan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan bekalan air?

Adakah Muhammad Sanusi sanggup melihat rakyat Kedah menadah air hujan untuk dijadikan bekalan air di rumah?

Rakyat membayar bil air tiap-tiap bulan tapi Muhammad Sanusi lebih fokus kepada perkara lain yang tidak begitu penting.

Sumber: https://majoriti.com.my/netzkorner/2022/02/22/ayaq-pun-tak-boleh-setel-ada-hati-nak-buat-stadium-baharu

Muhammad Sanusi juga sepatutnya mencari atau merangka pelan untuk mengatasi masalah bencana banjir terutamanya ketika musim tengkujuh ketika ini.

Dia patut mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelakkan tragedi kepala air berulang di lokasi berisiko di Kedah.

Tak akan Muhammad Sanusi tidak belajar daripada peristiwa sebelum ini? Malahan baru sahaja tragedi kepala air itu terjadi pada Julai lalu.

Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal malahan ada yang terkorban dalam bencana itu.

Adakah Muhammad Sanusi nak 'mengorbankan' ribuan nyawa pula selepas ini? Daripada sibuk menjadi badut di media sosial, fokus sahaja kepada tugas hakiki anda, wahai Muhammad Sanusi!

Sumber: https://majoriti.com.my/berita/2022/07/28/paras-air-sungai-semakin-meningkat-penduduk-kampung-iboi-gusar-banjir-berulang-kembali

Muhammad Sanusi juga gagal memahami resam silang budaya, bangsa dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia apabila pernah membatalkan sambutan perayaan Thaipusam di negeri itu.

Langkah itu dilihat terkebelakang dalam tadbir urus Kedah dan boleh membawa kepada ketidakstabilan ekonomi serta menggugat keharmonian.

Malahan, logan 'Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua' yang digunakan pentadbiran Muhammad Sanusi hanya retorik serta demi kepentingan politik semata-mata.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/120681/edisi/muhammad-sanusi-gagal-zahir-imej-mb-untuk-semua-kaum

Rekod Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah masih belum mencapai KPI yang diharapkan oleh rakyat Kedah.

Projek-projek mega yang diumumkan juga masih belum menampakkan sebarang kejayaan sehingga hari ini.

Muhammad Sanusi hanya pandai bermain retorik di media sosial tapi tiada langsung usaha untuk memajukan Kedah.

Apa sahaja yang dilakukannya semuanya gagal. Jika diukur dengan prestasi, Muhammad Sanusi tidak layak menjadi Menteri Besar.

Rakyat makin hari, kian tersepit namun Muhammad Sanusi masih dengan keletah kurang cerdiknya.

Comments