PH Tidak Peduli Nasib Kakitangan Awam

Selama 22 bulan, ramai rakyat berada dalam 'kegelapan' ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.

Rakyat terutamanya penjawat awam antara paling terkesan dengan tindakan kuku besi kerajaan PH ketika itu.

Alasan yang diberikan oleh PH adalah untuk menjimatkan kos pentadbiran negara ketika itu.

Namun, PH tidak sedar bahawa tindakan itu hanya memakan diri sendiri apabila ramai kakitangan awam kini seolah-olah berdendam dengan mereka.

Linangan air mata mereka yang dibuang di kala sambutan Hari Raya Aidilfitri kian hampir, masih lagi tersemat dalam lipatan ingatan.

Malahan, cacian juga dilemparkan kepada mereka yang dibuang oleh para pengikut PH di media sosial.

Sumber: https://www.mynewshub.tv/2018/05/harapan-rakyat-kini-makin-pudar-terhadap-kerajaan-ph/

Tidak mustahil PH akan melakukan perkara serupa sekiranya diberi peluang untuk berkuasa semula.

Pada mulanya, seramai 17,000 penjawat awam dibuang dan meningkat kepada 40,000 orang.

Namun DAP dikatakan dalam perancangan untuk membuang lagi 80,000 kakitangan awam dalam tempoh tiga tahun (2019-2021).

Sememangnya DAP sudah lama merancang untuk mengurangkan separuh jumlah kakitangan awam.

Tony Pua sejak 2011 sering kali mengeluarkan kenyataan ingin mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya menjadi kerajaan.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/362151

Kerajaan PH juga sesuka hati memindah dan menyejukbekukan penjawat-penjawat awam utama kerajaan yang teguh mempertahankan etika perkhidmatan awam, termasuk Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.

Kerajaan PH memberhentikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang melibatkan pertemuan antara Perdana Menteri dan penjawat awam.

Apa yang berlaku pada zaman PH hanyalah Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 25 Mac 2019.

Perhimpunan Perdana ini paling diingati kerana Tun Dr Mahathir Mohamad meminta CUEPACS dan jentera kerajaan 'mengikat perut' supaya hutang negara yang menjangkau nilai trilion ringgit dapat dikurangkan.

Mahathir juga mengumumkan tiada kenaikan gaji bersamaan 1 KGT secara khas kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Pemendekan kenaikan pangkat Time Based kali kedua dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2018, turut tidak dilaksanakan.

Malahan, penambahan Gred DG 56 bagi guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga gagal dilaksanakan oleh PH.

Sumber: https://my-tv.online/2022/09/23/jasa-ph-kepada-penjawat-awam-sewaktu-mereka-berkuasa/

PH juga tergamak untuk memberhentikan skim pencen kakitangan kerajaan.

PH cuba menutup kelemahan mereka dalam mentadbir negara dengan meletakkan beban terhadap kakitangan awam.

Lonjakan hutang negara, penurunan kemasukan pelabur asing dan pelbagai lagi isu menunjukkan betapa gagalnya kerajaan PH ketika itu.

Menjadi tanggungjawab kerajaan membela kebajikan pesara yang banyak berjasa kepada negara.

Sepatutnya PH melaksanakan pelbagai dasar strategik seperti Program Tansformasi Ekonomi yang membantu meningkatkan pendapatan kerajaan daripada RM185 bilion pada 2011 kepada RM225 bilion pada 2017.

Sumber: https://sosialis.net/2019/09/12/hentikan-skim-pencen-penjawat-awam-adakah-kerajaan-pakatan-harapan-kehilangan-akal/

Tindakan zalim kerajaan PH terhadap kakitangan awam selama 22 bulan seharusnya menjadi pengajaran kepada para pengundi ketika PRU-15.

Sewajarnya kakitangan awam diberikan akses kebajikan yang baik kerana mereka merupakan penggerak operasi kerajaan.

Tanpa kakitangan awam, tadbir urus kerajaan tidak mungkin akan berjalan dengan lancar.

Pemberian insentif dan skim pencen hanyalah 'hadiah kecil' bagi kakitangan awam yang bertungkus-lumus membantu kerajaan.

Jangan biarkan sejarah kembali berulang.

Comments