Abdul Hadi, PAS Hentilah Pertikai Keputusan Agong

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoal kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan terpenting negara itu.

Abdul Hadi juga mendakwa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana gagal menguruskan krisis ekonomi ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1997-1998.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata parti itu menolak menyertai kerajaan perpaduan kerana didakwa cakap tak serupa bikin.

Abdul Hadi juga menggunakan isu kekurangan pemimpin Islam sebagai salah satu alasan mengapa PAS tidak mahu menyertai kerajaan PN.

Kalau terlalu banyak sangat isu, lebih elok kekal sahaja menjadi pembangkang dan tidak perlu mempertikaikan kredibiliti mana-mana pihak kerana jawatan Perdana Menteri diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/abdul-hadi-persoal-kredibiliti-anwar-sebagai-perdana-menteri/

Abdul Hadi perlu faham tentang kuasa Raja-Raja Melayu dalam melantik Perdana Menteri.

YDPA memerlukan nasihat orang yang berwibawa seperti Majlis Raja-Raja supaya baginda menjalankan tugas mengikut ketetapan dan berperlembagaan, terutamanya dalam soal melantik Perdana Menteri.

Selain itu, YDPA adalah sebahagian daripada Majlis Raja-raja.

Keputusan YDPA bukan tertakluk kepada keputusan Majlis Raja-Raja kerana dalam memilih dan melantik Perdana Menteri, perkara itu adalah tugas baginda seperti termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan YDPA merupakan refleksi kepada kehendak Raja-raja Melayu secara keseluruhannya.

Majlis Raja-Raja sememangnya mempunyai pengaruh besar dan atas dasar itu, YDPA merujuk untuk mendapat maklum balas yang tepat dalam membuat keputusan besar seperti ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/24/patuhi-keputusan-agong-lantik-anwar-pm-ke-10-annuar-musa/

Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah tepat mengikut kepada amalan negara-negara Komanwel.

YDPA akan melantik Perdana Menteri dalam kalangan parti yang mendapat majoriti tertinggi mengikut amalan berkenaan.

YDPA tidak boleh melantik mana-mana Ahli Parlimen tanpa melihat bukti kerusi sesebuah parti yang dimenangi pada PRU-15.

Sebab itu, penggunaan dokumen sokongan atau SD juga boleh diterima pakai tetapi tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bukti paling utama dalam pilihan raya umum datangnya daripada rakyat melalui peti undi.

Rakyat juga sebenarnya sudah memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Abdul Hadi tidak boleh mempertikaikan pemilihan rakyat dan sepatutnya bersikap terbuka.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1029752/ikut-amalan-komanwel-agong-akan-lantik-pm-parti-dapat-majoriti

Abdul Hadi seharusnya lebih menonjolkan sisi PAS yang lebih teratur dan efisien menyelesaikan masalah rakyat.

Masalah air di Kelantan masih belum selesai selepas puluhan tahun PAS memerintah negeri itu.

Daripada Abdul Hadi sibuk mempertikaikan keputusan Majlis Raja-Raja, lebih baik beliau mencari jalan menyelesaikan isu rakyat di Kelantan.

Puluhan tahun rakyat Kelantan mengalami masalah sama namun tiada jalan penyelesaian.

Tak akan PAS mahu 'tangguh' puluhan tahun lagi. Rakyat Kelantan sudah hilang sabar dengan masalah air yang berulang.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/621764

Abdul Hadi tidak perlu mempertikaikan kredibiliti orang lain, sebaliknya cermin diri sendiri dan tepuk dada, tanya layakkan diri itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sedangkan isu air di Kelantan tidak mampu untuk diselesaikan.

Abdul Hadi perlu bersikap terbuka dan merencana perjalanan ahli-ahli PAS supaya lebih kuat menarik sokongan rakyat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Selesaikan dahulu masalah rakyat, tidak perlu lagi bertelagah mencari salah orang lain.

Rakyat sudah muak dengan pertelingkahan ahli politik seperti Abdul Hadi.

Comments