Mahathir Sudah Tidak Relevan

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tewas di Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Kerusi tersebut dimenangi calon Perikatan Nasional, Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi manakala Mahathir pula hanya meraih 4,566 undi.

Pada PRU-14, beliau menang di kerusi tersebut dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Datuk Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad.

Kegagalan mempertahankan kerusi itu membuktikan Mahathir tidak lagi relevan di mata pengundi khususnya dalam kalangan penduduk Langkawi.

Banyak faktor yang menyebabkan Mahathir kalah teruk dan tidak mendapat sokongan seperti sebelum ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/20/tun-mahathir-tewas-di-langkawi-hilang-deposit/

Ketika dalam pasca PRU-14, penurunan sokongan dan populariti Mahathir dipercayai berpunca daripada prestasi Kabinet kerajaannya.

Prestasi lemah yang ditonjolkan oleh Kabinetnya terutamanya dalam soal ekonomi negara dan pemberian bantuan rakyat, tidak diterima baik oleh orang ramai.

Malah, sokongan daripada orang Melayu terhadap Mahathir juga berkurangan.

Selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh, populariti Mahathir kian merosot selain ditambah persengketaan terbuka dengan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sokongan pengundi bandar dan luar bandar terutamanya golongan Melayu pada ketika ini berada pada tahap yang rendah.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/25468/berita/nasional/sokongan-terhadap-pm-kerajaan-ph-merosot

Mahathir merupakan figura negara yang kerap bermain dengan sentimen perkauman.

Sebelum ini, Mahathir dilihat bermain dengan naratif perkauman berhubung pengagihan ekonomi yang dilihatnya masih tidak adil sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke-4.

Mahathir juga tidak membuat tindakan wajar apabila mengunakan sentimen Melayu-Cina bagi mendapatkan semula popularitinya.

Cita-cita beliau yang mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga turut dilihat seperti udang di sebalik batu oleh pesaing politiknya.

Mahathir cuba meraih sokongan pihak lain untuk menjadi Perdana Menteri namun gagal.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/222747/berita/politik/dr-mahathir-sedia-jadi-pm-kali-ketiga

https://suaramerdeka.com.my/dr-mahathir-dedah-kelemahan-dasar-ketika-pm-4/

Di Langkawi, Mahathir gagal untuk menyelesaikan isu berbangkit yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Sebagai contoh, sejak tahun lalu, isu harga makanan dan hotel di Langkawi menjadi topik hangat warganet di media sosial.

Malahan, Langkawi pernah melekat dengan jolokan Ikan Siakap gara-gara insiden tular harga siakap mencecah RM1,000 di Langkawi.

Selain itu, majoriti rakyat pada tahun ini lebih memilih untuk bercuti di Thailand berbanding di Langkawi kerana caj yang mahal dikenakan oleh pengusaha pelancongan di Langkawi.

Mahathir sebagai Ahli Parlimen Langkawi sepatutnya memantau atau melaksanakan pelan pelancongan yang lebih mampu milik untuk menarik rakyat memilih melancong ke Langkawi.

Malangnya, rakyat Malaysia lebih berminat membelanjakan wang ke negara jiran kerana harga makanan dan perkhidmatan yang jauh lebih murah.

Semestinya, pengusaha pelancongan di Langkawi menerima impak buruk akibat kekurangan pelancong di pulau peranginan berkenaan.

Langkawi sememangnya memerlukan seorang Ahli Parlimen baharu yang mampu menarik semula rakyat Malaysia datang melancong ke Langkawi bagi menjana ekonomi setempat.

Sumber: https://www.thereporter.my/2022/09/siapa-suruh-caj-mahal-mahal-kat.html

Tuntasnya, Mahathir sudah terlalu lama berkecimpung dalam dunia politik tanah air.

Jasanya banyak tapi tiba masanya untuk serahkan sahaja urusan pentadbiran negara kepada golongan lebih muda.

Tidak perlu lagi mencampuri tadbir urus negara kerana era Mahathir sudah berakhir.

Berikan peluang kepada golongan generasi baharu untuk mencorakkan dan membawa nama Malaysia.

Mahathir boleh menggunakan masa ini untuk berehat sepenuhnya daripada arena politik.

Comments