Abdul Hadi Sokong Rasuah?

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan, sebaliknya merupakan sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Abdul Hadi mendakwa pemberian wang tersebut adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Walau macam mana bentuk sekali pun, rasuah tetap salah. Tiada dalil yang mengatakan rasuah itu adalah dibenarkan atau dibolehkan.

Rasuah tetap salah di sisi agama Islam. Bukan sahaja Islam tetapi juga agama-agama utama di dunia.

Kalau rasuah adalah perkara yang dihalalkan di dunia, mengapa perlu diwujudkan Indeks Persepsi Rasuah dan undang-undang berkaitan rasuah di peringkat antarabangsa.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1054708/bukan-rasuah-tetapi-sedekah-daripada-orang-awam-abdul-hadi

Menurut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, menjadi satu kesalahan untuk memberi sebarang bantuan kewangan sepanjang kempen pilihan raya kerana ia boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk rasuah.

Akta berkenaan turut menyebut meskipun mana-mana parti politik menyatakan bantuan kewangan yang diberikan kepada orang ramai adalah berupa sedekah, namun pemberian tersebut tetap satu unsur rasuah.

Terang-terangan perbuatan itu sudah ditakrif dalam akta tersebut. Apa yang Hadi cuba putar-belitkan?

Jangan kerana PAS mengambil rasuah, semua perbuatan disifatkan betul.

Tak usah berlagak seperti sebuah parti yang suci, tapi hakikatnya bermain kotor di belakang rakyat.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/242006/berita/semasa/sprm-buka-kertas-siasatan-libat-sedekah-pru15

Abdul Hadi juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa golongan bukan Islam dan Bumiputera merosakkan politik serta ekonomi negara.

Mengapa perlu memburuk-burukkan kaum lain sedangkan PAS sendiri terpalit dengan skandal rasuah?

Siapa yang merosakkan negara sekarang? Bukankah penyakau seperti PAS yang merosakkan ekonomi dan politik negara?

Cermin diri sendiri dulu sebelum mengkritik pihak lain. Kenyataan seumpama itu bercanggah dengan imej PAS sebagai sebuah parti Islam.

Agama Islam tidak membenarkan tindakan memburukkan sesuatu kaum.

Kenyataan Abdul Hadi itu sememangnya tersasar jauh daripada perjuangan asal PAS serta hanya mencemarkan nama Islam.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/20/hadi-dakwa-bukan-islam-bukan-bumiputera-jadi-majoriti-perosak-politik-ekonomi-negara/

Sebelum ini, seorang Menteri Besar PAS dikatakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan bernilai RM95.2 bilion.

Kerajaan negeri pimpinan PAS ini bukanlah banyak, hanya ada empat negeri sahaja.

Pada 2021, Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang sebenar. Apakah ini satu kebetulan?

Apa motif sebenar kenyataan itu dikeluarkan ketika era pemerintahan Muhyiddin?

Berkemungkinan disebabkan sudah menerima duit sakau, kenyataan sedemikian terus dikeluarkan oleh PAS bagi menyelamatkan diri sendiri.

Sumber: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/782166/takrif-rasuah-perlu-dikaji-dari-sudut-pandangan-islam?fbclid=IwAR0kJnkqV_uE9kOlA7-fEYR-WYVNnzNPa9BAcofHZ2yXNKW_aFeWiDDxRIQ

Abdul Hadi, berhentilah daripada mengeluarkan kata-kata bersifat dangkal di hadapan rakyat.

Rasuah bukan perbuatan yang dipandang mulia. Atas sebab itu, masyarakat seluruh dunia seboleh-bolehnya mahu menentang rasuah.

Rasuah bukan sahaja merosakkan akhlak seseorang tapi juga meruntuhkan sesebuah negara.

Disebabkan rasuah, ketamakan manusia terus berlaku dan berleluasa.

Abdul Hadi, janganlah burukkan lagi agama Islam dengan kenyataan sedemikian.

Comments