Amira Aisya Tonjol Imej Buruk Wakil Rakyat

Kalau sebut tentang parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai kenal.

Ahli-ahli Parlimen dari parti berkenaan semua sedia maklum, kerap kali menunjukkan ketidakmatangan.

Tak ramai ahli Parlimen dari parti itu, hanya dua orang sahaja.

Salah seorang daripada mereka, baru-baru ini membuat hantaran di media sosial tentang dia akan mengikuti satu program kepimpinan di Amerika Syarikat (AS).

Pergi pula hampir sebulan, lama dia tinggalkan kawasan Parlimennya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as

Ahli Parlimen Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz kerap kali memuat naik hantaran yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang wakil rakyat.

Wajarkah seorang ahli Parlimen memuat naik hantaran berkenaan kafe berkonsepkan 'hipster' beberapa kali di media sosial?

Wajarkah seorang ahli Parlimen mengulang ciapan berhubung permainan video Harry Potter?

Sebagai seorang wakil rakyat, kematangan perlu ditonjolkan agar menjadi contoh dan teladan kepada orang ramai.

Kalau Amira Aisya mahu bersikap kebudak-budakan, tidak perlu menjadi wakil rakyat.

Sumber: https://twitter.com/_amiraaisya/status/1620795418383896576

Amira Aisya dakwa MUDA mempunyai idea yang jelas untuk Malaysia.

Tertanya-tanya juga, apakah idea jelas yang dimaksudkan oleh Amira Aisya?

Rata-rata rakyat Malaysia masih belum faham tentang perjuangan sebenar MUDA.

Ramai melihat MUDA hanya sebuah parti yang dianggotai oleh sebilangan anak muda dan hanya menghentam pihak tertentu sahaja.

Malah, banyak kontroversi atau konflik dalaman yang melanda parti itu sejak MUDA ditubuhkan.

Apakah pergi ke AS itu adalah idea jelas oleh Amira Aisya? Apakah tinggalkan kawasan Parlimen selama sebulan adalah idea jelas Amira Aisya untuk Malaysia?

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/225833/berita/politik/ph-ada-idea-yang-jelas-untuk-malaysia-muda

Amira Aisya sebelum ini membuat kenyataan kontroversi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Amira Aisya mendakwa wang RM1 juta yang diambil oleh Syed Saddiq merupakan duit milik Presiden MUDA itu sendiri dan bukannya wang Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Namun kenyataan itu disangkal oleh penganalisis politik yang mempersoalkan nilai kekayaan Syed Saddiq ketika jenayah itu dilakukan.

Bagaimana seorang anak muda berusia 26 tahun dapat mengumpul wang sebanyak itu, sedangkan Syed Saddiq tiada rekod mempunyai pekerjaan berpendapatan tinggi.

Malahan, saksi pendakwaan juga mengakui telah mengeluarkan wang itu daripada akaun bank ARMADA tanpa kelulusan pimpinan tertinggi parti.

Mengapa Amira Aisya masih mahu memutar belit fakta yang diberikan oleh saksi pendakwaan?

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/10/29/kes-syed-saddiq-amira-mungkin-hina-mahkamah-sian-see/

Tuntasnya, tidak semua orang boleh menjadi wakil rakyat dan sememangnya menjadi ahli Parlimen yang tidak 'bersedia' seperti Amira Aisya hanya mendatangkan kesan buruk.

Ketidakmatangan dalam mengambil sesuatu tindakan jelas terpapar pada diri Amira Aisya.

Jika Amira Aisya masih mahu 'bermain-main', serah semula kerusi Puteri Wangsa kepada DAP.

Anggap sahaja menjadi wakil rakyat itu adalah satu pengalaman dalam hidup.

Jangan hanya tahu bercakap sahaja tapi prinsip perjuangan sendiri 'ke laut'.

Comments