Salah Siapa Melayu 'Miskin' Dan 'Malas'?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kerap meratib tentang isu orang Melayu.

Walhal, ramai sedia maklum bahawa itu hanya strategi politiknya untuk meraih kembali sokongan orang Melayu yang sudah hilang.

Berdekad lamanya Mahathir mendakwa mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Namun, Mahathir seakan-akan lupa siapa yang kerap mengkritik orang Melayu.

'Melayu malas' yang dilontarkan oleh Mahathir masih terngiang-ngiang dalam benak minda setiap orang Melayu sehingga kini.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/941113/dr-mahathir-pilih-putra-untuk-terus-perjuang-hak-orang-melayu


Mahathir tidak layak untuk mengatakan Melayu malas kerana ramai anak muda Melayu antara paling ramai terlibat dalam sektor e-hailing dan perniagaan.

Mereka sanggup bekerja dalam cuaca hujan dan panas untuk mendapatkan rezeki halal dengan menjadi seorang penghantar makanan.

Berapa ramai pula anak muda Melayu menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara dalam talian atau membuka gerai tepi jalan demi kelangsungan hidup?

Di manakah Mahathir untuk membantu anak-anak muda Melayu yang memerlukan pelbagai bantuan kewangan dan sebagainya?

Cukuplah Mahathir memperlekeh orang Melayu!

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/melayu-gagal-berniaga-lebih-suka-tunggu-kerja-tetap-tun-m/


Mahathir patut rasa malu kerana dialah individu yang memberikan kekayaan kepada kroni-kroninya yang bukan berbangsa Melayu.

Sebut sahaja nama-nama taikun besar di Malaysia ini, semuanya terima untung atas angin kerana bantuan Mahathir.

Sebagai contoh, Ananda Krishnan. Untung atas angin sebanyak RM600 juta apabila jual tanah tapak lumba kuda kepada Petronas untuk dijadikan tapak projek KLCC.

Petronas dipaksa untuk membeli tanah tersebut dengan harga berlipat kali ganda.

Pada 1991, tanah itu dibeli oleh syarikat milik Krishnan dengan harga RM26.20 kaki persegi.

Namun, tanah itu dijual kepada Petronas dengan nilai RM214.40 kaki persegi hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Masih nak menyalahkan orang Melayu malas?

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2020/01/28/petronas-dipaksa-beli-tanah-klcc-kroni-mahathir-untung-rm600-juta/


Taikun The Mines Resort dan Country Heights Holding, Tan Sri Lee Kim Yew merupakan kroni rapat Mahathir.

Mahathir mempunyai lebih daripada 1 juta pegangan saham Golden Horse Palace Berhad

Selain itu, Mahathir juga merupakan salah seorang pengarah kepada syarikat FlyJet Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat penerbangan jet peribadi yang turut dikongsi bersama Kim Yew.

Bukan itu sahaja, Mahathir turut 'menganugerahkan' pelbagai projek kepada seorang lagi taikun terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Lesen perjudian, penswastaan Sungai Klang serta bermacam-macam lagi projek diberikan kepada Vincent.

Mahathir masih mahu memperlekehkan orang Melayu?


Gara-gara Mahathir, jurang antara orang Melayu dan kaum lain di negara ini adalah jauh.

Mereka yang kaya terus bertambah kaya, manakala yang miskin terus ditindas.

Golongan Melayu yang kaya adalah Mahathir dan anak cucunya sahaja.

Mahathir tidak layak membuka mulut tentang orang Melayu. Tiada satu usaha pun daripada Mahathir yang menjadikan orang Melayu lebih kaya.

Malahan, zaman pemerintahannya diisi dengan penderitaan orang Melayu.

Mereka yang bekerja dalam sektor awam terpaksa ditamatkan pencen. Apabila orang Melayu minta bantuan, Mahathir kata tak mahu beri 'tongkat' kepada rakyat.

Biar orang Melayu terus miskin, jangan kroninya yang miskin.

Sedarlah Mahathir, perjuangan anda untuk Melayu sudah lapuk. Sudah-sudahlah!

Comments