Harta Anak-Anak Mahathir Tidak Habis 7 Keturunan


Kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi subjek perdebatan dan kritikan oleh pelbagai pihak.

Nilai kekayaan anak-anaknya juga sukar untuk dirahsiakan, tambahan pula sekiranya melihat kepada portfolio perniagaan serta jawatan yang disandang oleh mereka.

Hanya Mahathir yang menyangkal dakwaan bahawa anak-anaknya itu menjadi kaya-raya disebabkan oleh kepentingan politik peribadi yang diamalkan oleh dia ketika menjadi Perdana Menteri.

Mahathir mendakwa anak-anaknya itu bekerja keras tanpa mengharapkan bantuan daripadanya.

Tolong jangan bohongi sesiapa, Mahathir. Sukar untuk percaya kesemua anak-anak Mahathir kaya-raya tanpa bantuan daripada Mahathir sendiri.

Mahathir sebelum ini mencabar sesiapa sahaja untuk memberi bukti bahawa dia dan keluarganya membolot kekayaan di negara ini.

Sekiranya Mahathir memerlukan bukti, begitu banyak bukti yang terpampang di Internet.

Mahathir hanya memerlukan tempoh masa satu atau dua dekad sahaja untuk memastikan anak-anaknya kaya-raya.

Marina memiliki 52 syarikat dengan aset RM9 Billion.

Mirzan memiliki 156 syarikat dengan aset bernilai RM17 billion.

Mokhzani pula memiliki 255 syarikat dengan aset RM21 billion manakala Mukhriz pula memiliki 128 syarikat dengan aset bernilai RM13 billion.

Kekayaan keluarga Mahathir secara keseluruhannya adalah sebanyak AS$44 billion (RM203 bilion).

Mukhriz merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Opcom Holdings Berhad.

Mokhzani turut memegang jawatan tertinggi dalam syarikat itu namun meletakkan jawatannya pada 2019.

Selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh, kerajaan ketika itu tiba-tiba meluluskan projek mega Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Projek infrastruktur lain gagal diluluskan kerana kononnya negara sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion tapi projek NFCP diluluskan dengan begitu laju oleh kerajaan Mahathir ketika itu.Ironinya, harga saham syarikat Opcom yang merupakan antara pembekal utama apabila projek NFCP dilaksanakan naik setinggi 50% selepas Kabinet meluluskan projek tersebut.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen ketika itu. Bayangkan berapa banyak keuntungan lumayan diperoleh oleh Mukhriz dan Mokhzani pada masa itu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/09/09/as-opcom-shares-rise-so-do-whispers-about-cronyism-and-new-malaysia


Mirzan pula merupakan pemegang saham serta pengarah syarikat M Ocean Capital Sdn Bhd (MOCSB).

Dia juga pernah menjadi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif AHB Holdings Berhad sebelum menjual semua sahamnya dalam syarikat berkenaan pada 2013.

Mirzan juga terpalit dengan kontroversi bahawa dia mempunyai pegangan saham dalam Petron Malaysia dan syarikat pegangannya di Filipina, San Miguel Corporation.

Mirzan merupakan ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina dan dipilih sebagai pengarah syarikat berkenaan pada 2010 serta memegang 1,000 ekuiti.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/467991/petron-bukan-syarikat-pembekal-tunggal-kerajaan


Marina turut memiliki porfolio yang 'dahsyat' apabila pernah memegang jawatan tertinggDewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra.

Bukan itu sahaja, Marina juga menjadi pemegang amanah Maybank Foundation, sebuah platform utama untuk menjalankan tanggungjawab korporat dalam Maybank Group.

Marina juga merupakan aktivis yang memperjuangkan hak asasi manusia seperti LGBT dan liberalisme.

Dia pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Majlis Aids Malaysia dan menjadi ahli lembaga pertubuhan bukan kerajaan, Sister In Islam.Pertubuhan itu dikatakan memperjuangkan hak wanita beragama Islam namun terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dituduh sebagai sesat.

Selain memegang pelbagai jawatan, dia juga memiliki syarikat-syarikat di bawahnya seperti Boost Juice Sdn Bhd dan Wild Horizon Sdn Bhd.

Sumber: https://www.mpo.com.my/board-management

https://says.com/my/seismik/cerita-penuh-disebalik-pengharaman-gerakan-sisters-in-islam-sis-apa-sebenarnya-terjadi


Kekayaan anak-anak Mahathir telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

Banyak isu yang dibangkitkan apabila menyentuh soal kekayaan anak-anak Mahathir seperti amalan nepotisme, penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan peribadi.

Mahathir terlalu 'manjakan' anak-anaknya. Atas sebab itu, Mahathir berkemungkinan besar masih tidak mahu mengundur diri daripada dunia politik.

Mahathir mahu anak-anaknya hidup senang-lenang tetapi dia lupa untuk memberikan kekayaan kepada rakyat selain daripada kroninya sendiri.

Mahu memberi bantuan pun susah, sehingga mendakwa rakyat tidak boleh diberikan 'tongkat'.

Biar rakyat merana tapi anak-anak Mahathir terus kaya-raya sehingga tujuh keturunan.

Comments