PAS Tidak Komited, Kurang Fokus Isu Rakyat


Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kian rancak terutamanya melibatkan parti PAS.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang Abdul Hadi juga nampak yakin untuk menang pada PRK kali ini selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di 3 buah negeri sebelum ini.

Dia terus-menerus mengeluarkan 'peluru' untuk menyerang sesiapa sahaja daripada parti-parti lain.

Bukan itu sahaja, Abdul Hadi turut mendakwa rakyat Johor kurang kesedaran politik Islam sehingga menyokong parti lain.

Abdul Hadi tidak boleh terlalu taksub menyerang pihak lain sehingga lupa kelemahan yang ada pada PAS.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2023/08/sayang-nak-tinggal-dap-takut-kalah-pilihan-raya/

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/pas-hadi-awang/


PAS tidak jelas dari segi perjuangan sebenar khususnya dalam membela nasib rakyat.

Tiada salah mahu memperjuangkan isu agama dan moral kepada rakyat namun bagaimana pula dengan isu kebajikan rakyat?

PAS sering dikritik kerana gagal menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kebajikan rakyat.

Tengok sahaja apa yang berlaku kepada masalah air di Kelantan. Sudah beberapa dekad, masalah air di negeri itu gagal diselesaikan.

Masalah air tidak selesai tetapi tidak malu untuk memberikan bonus kepada ahli lembaga pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Mahu bonus dibayar tetapi masalah rakyat enggan diselesaikan dengan holistik. Lebih elok duit bonus itu disalurkan untuk penambahbaikan infrastruktur air di Kelantan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/259868/edisi/kelantan/aksb-digesa-jelas-isu-lembaga-pengarah-dapat-bonus-raya-rm10000


Meskipun PAS memperjuangkan isu agama dan moral namun PAS jangan lupa bahawa generasi muda ketika ini kebanyakannya tidak sependapat dengan parti itu.

Generasi muda ketika ini melihat parti PAS sebagai parti yang konservatif dan lari daripada perjuangan sebenar.

Pelbagai kenyataan kontroversi daripada PAS juga dilihat tidak masuk akal atau bercanggah dengan fahaman Islam orang ramai.

Mereka yang tinggal di kawasan bandar lebih memilih parti yang mengutamakan soal ekonomi dan sosial rakyat berbanding PAS.

Isu-isu seperti pengangguran, kemiskinan dan kesaksamaan ekonomi seolah-olah tidak wujud dalam kamus politik PAS.

Sumber: https://www.getaran.my/artikel/semasa/46965/usah-guna-mercedes-facebook-netizen-kecam-surat-terbuka-pemimpin-pas-kepada-khairul-aming

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/bendera-putih-netizen-kecam-kenyataan-nik-abduh/


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai contohnya menunjukkan cara PAS mengendalikan isu rakyat dengan teruk.

Apabila rakyat Kelantan mendesak supaya menambah baik isu jalan raya di Kelantan, dia memberi jawapan kurang bijak.

Bagaimana seorang ahli politik memberi jawapan sedemikian kepada rakyat?

Jawapan itu menunjukkan dia dan PAS tidak bersungguh-sungguh memahami keperitan rakyat serta enggan menyelesaikan masalah orang ramai.

Sewajarnya perkara itu diambil perhatian serta dibincangkan dahulu dan dibawa ke peringkat Kerajaan Pusat sekiranya perlu.

Sumber: https://ohmedia.my/trending/kalau-kita-besarkan-jalan-pun-guna-setahun-sekali-tiada-makna-juga-timbalan-mb-kelantan/


Tuntasnya, PAS jangan terlalu mendabik dada dengan kemenangan pada PRN sebelum ini.

Sentimen orang ramai yang mengecam dan enggan menyokong PAS masih menebal.

Abdul Hadi juga jangan terlalu sibuk menyerang pihak lain sehingga tidak sedar kelemahan PAS.

Kalau betul-betul yakin PAS begitu hebat, apa kata PAS bertanding secara solo?

Barulah betul-betul nampak kemampuan dan penerimaan orang ramai terhadap PAS.

Comments