Muhyiddin Guna Agama Sebagai 'Maskot'


Perikatan Nasional (PN) sekali lagi memainkan isu agama dalam ucapan politik mereka.

Mengapa mahu mengaitkan agama dan politik? Sudah tiada bahan politik yang lebih baik untuk digunakan?

Semudah itu sahaja Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan 'haram' untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, Suhaizan Kayat.

Dalil mana Muhyiddin berpandukan sehingga begitu yakin menyebut undian politik ini adalah haram?

Tiada mufti mengatakan haram, mengapa Muhyiddin pula mahu menjatuhkan hukum 'haram' sesuka hati?

Politik adalah politik, tidak perlu bermain isu agama yang keterlaluan dalam politik.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1148346/muhyiddin-kini-disiasat-bukit-aman-kerana-fatwa-politik-kpn


PN sebelum ini tidak mahu menggunakan isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Mengapa tiba-tiba mengubah pendirian pada PRK Pulai kali ini? Terdesak mahukan kemenangan? Terdesak mahukan sokongan orang Melayu?

Bukan PN sahaja memperjuangkan Islam dan orang Melayu. Tak usah memburukkan parti lain atau mengangkat diri sendiri sebagai pejuang Islam.

Islam sendiri tidak mengajar umatnya untuk bermusuhan atau mengeluarkan fatwa sebarangan tanpa dalil sah.

Kalau begitu caranya, itu bukan pejuang Islam tetapi politikus yang hanya bermain kotor dan cuba menghasut orang ramai untuk membenci pihak lain menggunakan agama Islam sebagai bahan politik.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1094089/pn-tolak-isu-3r-jadi-modal-kempen-prn


PN bukan sekali membuat kenyataan 'berani mati' berhubung hukum Islam.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu, Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir ketika itu menyatakan orang ramai akan masuk neraka sekiranya mengundi PH dan Barisan Nasional (BN).

PAS pula mahu ganti Tuhan? Siapa mereka untuk menilai dan menimbang dosa pahala seseorang manusia di Bumi ini?

Lebih berdosa membuat kenyataan seperti itu, seolah-olah mengajar orang ramai tentang ajaran sesat.

Kalau benar-benar pejuang Islam, fikir dahulu kenyataan atau ucapan yang mahu diungkapkan itu bersesuaian atau tidak dengan dalil Islam.

Jangan main sembrono sahaja, rosak akidah sahaja.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1024556/pru15-undi-ph-bn-masuk-neraka-permohonan-maaf-ketua-pemuda-pas-sik


Muhyiddin ini ibarat sesumpah politik dan hanya politikus yang tamakkan kuasa.

Sebagai contoh, dulu tolak PAS kerana mendakwa parti itu adalah parti ajaran sesat, tapi tiba-tiba berjabat tangan dengan PAS kerana mahukan kuasa dan merebut jawatan Perdana Menteri.

Sehingga merancang memulakan Langkah Sheraton untuk menggulingkan kerajaan sebelum itu dan mengambil jawatan Perdana Menteri.

Apabila mahu berkawan baik dengan mana-mana parti, Muhyiddin sanggup berjabat tangan.

Tetapi apabila bermusuh, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada parti lain.

Gara-gara tamakkan kuasa dan jawatan Perdana Menteri, keputusan Yang di-Pertuan Agong juga dipertikai sebelum ini.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2023/06/muhyiddin-hipokrit-sesumpah-politik-umno-johor/


Tuntasnya, Muhyiddin atau PN perlu memahami batas-batas dalam politik.

Politik dan agama adalah dua aspek kehidupan masyarakat yang sering kali bertindih tetapi harus dipisahkan demi kestabilan dan keharmonian masyarakat.

Walaupun agama memainkan peranan penting dalam membentuk moral dan nilai individu, mempolitikkan agama boleh membawa kepada impak yang tidak diingini.

Maka, jika terdesak sekalipun untuk meraih sokongan, jangan menggantikan tugas mufti atau Tuhan.

Politik hanya politik, biarlah rakyat memilih siapa mereka rasakan layak. Kalau pilih calon bukan dari PN, tidaklah sampai kurang iman dalam diri.

Comments