Mahathir Hipokrit Di Sebalik Retorik


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bercakap tentang soal Perdana Menteri dan kaum Melayu.

Namun kritikan demi kritikan dilemparkan kepada Mahathir kerana bercakap tentang perkara berkenaan.

Mahathir memang tidak sepatutnya bercakap tentang dua perkara berkenaan kerana pandangannya sudah lapuk dan sukar diterima pada masa sekarang.

Adakah Mahathir tidak sedar bahawa statusnya sebagai bekas Perdana Menteri yang disegani suatu ketika dahulu ketika berubah secara 'total'?

Rakyat kini semakin sukar menerima pandangan Mahathir dan lebih meminta dia berdiam diri daripada berkata apa-apa.

Sumber: https://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2023/11/orang-melayu-bertambah-fed-up-dengan-dr.html?m=1


Mahathir berkata dia tidak akan berhenti berjuang untuk orang Melayu dan mahu kaum Melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Persoalannya, apa sahaja yang Mahathir buat untuk orang Melayu selama menjadi Perdana Menteri? Bukankah Mahathir pernah menyuruh orang Melayu ikat perut untuk bantu kerajaan?

Mahathir hanya 'membantu' kroni termasuk anak-anaknya sahaja, bukannya kaum Melayu yang bertaraf marhaen.

Perkara itu menunjukkan Mahathir tidak cakna dengan realiti kehidupan rakyat khususnya kaum Melayu.

Jarang sekali melihat Mahathir turun padang meninjau kehidupan rakyat bertaraf marhaen, sebaliknya hanya tahu berkata-kata tanpa memahami isu dihadapi oleh orang ramai.

Malah, kenyataan Mahathir itu turut menunjukkan dia gagal memajukan ekonomi semua bangsa sebagai seorang pemimpin.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/686595


Kehilangan kerusi Parlimen di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga menyebabkan dia hilang wang deposit, merupakan tamparan hebat bagi Mahathir.

Bayangkan, Mahathir gagal untuk menawan kawasan Parlimen yang majoritinya dihuni oleh orang Melayu.

Kegagalan itu membuktikan Mahathir tidak lagi relevan dan efektif dalam kalangan orang ramai.

Sebagai seorang ahli politik veteran, Mahathir gagal mengadaptasi perubahan masa kini untuk kekal relevan di mata pengundi moden.

Rakyat tidak boleh menerima pendekatan politik tradisional yang diamalkan oleh Mahathir dan mahu pembaharuan dalam tadbir urus negara.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2023/02/08/mengapa-mahathir-kalah-di-langkawi


Kenyataan Mahathir untuk memberikan masa selama tiga bulan kepada Perdana Menteri menunjukkan sikapnya yang sukar menerima perubahan.

Mahathir kelihatan sukar untuk beradaptasi dengan dinamik politik baharu khususnya apabila keputusan dan tadbir urus negara diambil alih oleh individu lain selain dirinya.

Kenyataan Mahathir itu turut menunjukkan dia bukanlah seorang pemimpin politik yang fleksibel dan tidak mempercayai orang lain.

Mahathir masih berada dalam khayalan bahawa hanya dia seorang sahaja mampu 'menyelamatkan' Malaysia, walhal zamannya sudah lama berakhir.

Mahathir telah mengehadkan dirinya untuk berkomunikasi secara konstruktif dengan pemimpin baharu dan hanya mencetuskan ketegangan politik yang tidak sewajarnya berlaku.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/673242


Mahathir hanya mengulangi kenyataannya tentang orang Melayu dan tidak mempercayai kepimpinan negara yang baharu.

Mahathir sebenarnya sejak dari dulu telah tersilap langkah kembali ke dalam politik.

Rakyat berkemungkinan besar tidak akan mengingatinya sebagai Bapa Pembangunan Negara, sebaliknya ahli politik yang hanya tahu berkata-kata tapi membuat perkara lain di belakang rakyat.

Dia tidak layak bercakap soal orang Melayu jika mendahulukan kroninya sahaja.

Dia juga tidak layak bercakap tentang prestasi Perdana Menteri jika Mahathir sendiri gagal menawan hati orang ramai ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Zaman Mahathir sudah berakhir, cukup-cukuplah beri pandangan tidak relevan.

Comments