Drama Sensasi, 'Kehilangan' Syed Saddiq


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencetuskan sensasi sepanjang 2023.

Masakan tidak, daripada tindakannya keluar blok kerajaan hinggalah dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana terbabit dalam skandal wang.

Selepas dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah pada 9 November lalu, Syed Saddiq dilihat tidak lagi memuat naik sebarang kandungan media sosial tentang dirinya berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, boleh dikatakan tiap-tiap hari kita boleh tengok Syed Saddiq memuat naik pelbagai kandungan di media sosialnya.

Mungkin terasa malu dengan diri sendiri dan tidak sanggup berdepan dengan netizen di media sosial.

Mari kita imbas kembali antara drama-drama yang dicetuskan oleh Syed Saddiq sepanjang 2023.


Drama paling mencuri perhatian orang ramai adalah kes mahkamah Syed Saddiq membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Syed Saddiq dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan atas semua pertuduhan dilakukan.

Susulan keputusan mahkamah itu, Syed Saddiq mengambil keputusan meninggalkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) namun kekal sebagai Ahli Parlimen Muar.

Bukan itu sahaja, kedegilan Syed Saddiq untuk mengosongkan kerusi Parlimen Muar telah menerima kecaman pelbagai pihak.

Bagaimana seorang individu yang sudah dijatuhi hukuman penjara masih tebal muka untuk menjadi wakil rakyat?

Sudah tentu rakyat tidak lagi mempercayai kredibiliti Syed Saddiq sebagai wakil rakyat kerana terbabit dengan skandal wang.

Tidak mustahil timbul persepsi bahawa Syed Saddiq mungkin mengambil wang peruntukan untuk rakyat Muar, masuk ke dalam poketnya sendiri.

Sekali rakyat memandang dia tidak jujur dalam mengendalikan dana, sampai bila-bila imej itu akan melekat pada Syed Saddiq.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/11/1028588/syed-saddiq-bersalah-atas-4-pertuduhan

https://www.astroawani.com/berita-politik/parlimen-kalau-nak-saya-kosongkan-kerusi-cermin-diri-dulu-syed-saddiq-437863


Sebelum dijatuhi hukuman penjara, Syed Saddiq dengan 'bangganya' mengambil keputusan untuk keluar daripada blok kerajaan dengan alasan berpegang kepada prinsipnya.

Syed Saddiq mengatakan dia rasa 'berdosa' jika berdiam diri berkaitan keputusan membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan mahkamah.

Malah, Syed Saddiq menggelar kerajaan sebagai Kerajaan NATO (No Action Talk Only).

Walhal, kes mahkamah tersebut tidak mendapat campur tangan kerajaan, sebaliknya di bawah bidang kuasa Peguam Negara sepenuhnya.

Alih-alih, Syed Saddiq sendiri didapati bersalah terlibat dalam skandal wang. Hilang terus segala kata-katanya tentang prinsip menentang rasuah.

Orang ramai turut yakin bahawa Syed Saddiq sekarang adalah hipokrit semata-mata dan lebih banyak berdrama daripada melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Sumber: https://www.astroawani.com/videos/video-terkini-x7sio1/kes-zahid-gugur-peguam-negara-ada-kuasa-penuh-anwar-x8nrcd0

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/adam-adli-bidas-kenyataan-syed-saddiq-gelar-kerajaan-sebagai-nato-437986 


Syed Saddiq mendakwa kerajaan menolak usulnya berkaitan isu kapal tempur pesisir (LCS) kerana dilihat bukan berkepentingan orang ramai.


Hakikatnya, usul yang dikemukakan oleh Syed Saddiq kepada Dewan Rakyat adalah tidak lengkap dan hanya menggunakan kesempatan untuk membidas kerajaan.

Syed Saddiq tidak pernah ambil tahu bahawa laporan berkaitan projek pembinaan LCS dibentangkan di Parlimen setiap tiga bulan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Syed Saddiq sebenarnya mahu menunggang isu yang sedang popular dan menggunakan naratif berkenaan sebagai peluang untuk dirinya menjatuhkan kerajaan.

Dia perlu membuat 'tugasan' terlebih dahulu sebelum membidas atau menuduh kerajaan. Sudahnya, malu dapat, usul ditolak.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/262901/berita/politik/isu-lcs-amk-tempelak-syed-saddiq


'Kehilangan' Syed Saddiq daripada 'radar' media sosial sebenarnya menjejaskan kemajuan dan pembangunan penduduk Muar.

Tidak ada sebarang perkembangan terkini tentang aktiviti baharunya bersama rakyat Muar.

Sewajarnya Syed Saddiq melepaskan jawatannya ketika didesak oleh banyak pihak sebelum ini. Kedegilannya hanya memberi impak buruk kepada penduduk Muar.

Apakah Syed Saddiq beranggapan rakyat Muar akan tetap menerimanya lagi meskipun terpalit skandal wang?

Kerusi itu perlu disandang oleh individu yang bersih dan tidak banyak drama seperti Syed Saddiq.

Tanyalah sesiapa pun, tiada siapa suka wakil rakyatnya memiliki imej 'penyakau wang'.

Adakah dramanya akan kembali bersambung tahun depan? Sama-sama kita tunggu.

Comments