Mahathir Tidak Lagi Relevan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada tahun ini.

Mahathir membuat cabaran berkenaan kerana mendakwa Anwar menyalahgunakan kuasa dengan pihak-pihak yang tidak berpihak kepada kerajaan.

Mahathir turut menyatakan dengan bongkak bahawa dia telah menang lima pilihan raya dengan majoriti dua pertiga.

Namun, mengikut rekod, pada PRU-14, Mahathir hanya menang majoriti mudah dengan 113 kerusi sahaja.

Paling malang buat Mahathir adalah ketika dia kalah teruk di Parlimen Langkawi ketika PRU-15 dan wang depositnya hangus.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/01/23/dr-m-should-do-some-self-reflection-says-fahmi/


Pada PRU-15, Mahathir hanya mendapat 4,556 undian sahaja, jauh ditinggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.

Mahathir tidak kalah tipis, sebaliknya kalah teruk pada ketika itu.

Bagaimana Mahathir berani untuk mencabar Anwar melaksanakan PRU pada tahun ini? Adakah Mahathir pasti dia mampu menewaskan Anwar?

Sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh, rakyat tidak lagi berpihak kepada Mahathir.

Pemerintahan kuku besinya kian terserlah selain beberapa bukti Mahathir memberi kelebihan kepada kroni-kroninya tersebar di media sosial.

Disebabkan itu, apa jua parti yang ditubuhkan oleh Mahathir seperti PEJUANG dan Gerakan Tanah Air (GTA) tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Rakyat sudah tahu perangai sebenar Mahathir yang bermuka-muka dan mempunyai agenda politik peribadi.

Sedangkan di Langkawi tidak mampu menang, sedarlah diri wahai Mahathir.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028460/tun-m-tumbang-di-langkawi


Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, majoriti rakyat Malaysia lebih memilih untuk bercuti di Thailand berbanding di Langkawi kerana ramai peniaga meletakkan harga yang mahal di pulau bebas cukai itu.

Situasi itu berlaku ketika Mahathir menjadi ADUN Langkawi lagi. Tapi malangnya Mahathir tidak melakukan sebarang usaha untuk memperbaiki masalah berkenaan di peringkat awal.

Mahathir sepatutnya memantau atau melaksanakan pelan pelancongan untuk menarik rakyat lebih gemar melancong ke Langkawi.

Mahathir mengabaikan isu tersebut sehingga menyebabkan rakyat Malaysia cenderung membelanjakan wang ke negara jiran kerana harga makanan dan perkhidmatan yang jauh lebih murah.

Mahathir sibuk dengan agendanya ketika menjadi ADUN Langkawi sehingga lupa nasib penduduk Langkawi.

Disebabkan itu, tiada kawalan yang ketat melibatkan harga perkhidmatan dalam kalangan peniaga kerana Mahathir terlalu sibuk dengan agenda politiknya ketika menjadi ADUN.

Malah, impaknya terus dirasakan sehingga sekarang dan Mahathir gagal menangani isu itu di peringkat awal sehingga menyebabkan Langkawi tidak menjadi pilihan para pelancong tempatan.

SUMBER: https://majoriti.com.my/netzkorner/2023/11/08/039langkawi-sudah-tiada-roh039-warganet-cadang-rakyat-kedah-perlu-contohi-orang-melaka-pulih-reputasi-pelancongan


Salah satu isu yang membelenggu penduduk Langkawi adalah penempatan haram Bukit Malut.

Penempatan haram yang berlaku sejak 30 tahun lalu tidak diambil peduli oleh Mahathir sebagai ADUN kawasan berkenaan.

Sebaliknya penempatan haram di Bukit Malut terus berleluasa tanpa kawalan sehingga menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Hanya kenyataan media dikeluarkan oleh Mahathir ketika menjadi ADUN tanpa sebarang tindakan susulan untuk menangani isu berkenaan.

Malahan, penduduk Langkawi juga mengatakan Bukit Malut digunakan sebagai mainan politik oleh Mahathir untuk meraih undi.

Penempatan haram itu merupakan titik hitam kepada industri pelancongan di Langkawi sejak sekian lama kerana mencacatkan pemandangan pulau bebas cukai tersebut.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/isu-penempatan-haram-bukit-malut-sekadar-mainan-politik/


Sedarlah diri sedikit, Mahathir. Kalau PRU dibuat esok sekali pun, tak mungkin anda akan menang

Rakyat sudah lama tolak Mahathir. Cukup-cukuplah Mahathir. Umur bukan makin muda, tak perlu bergelumang dengan politik.

Rakyat pun tidak mahu pemimpin yang terlalu tua seperti Mahathir. Lebih banyak cakap perkara yang merapu, mengarut.

Sampai rakyat sudah lupa jasa Mahathir kepada negara.

Sepatutnya Mahathir dikenang kerana jasanya, tapi sekarang dia lebih dikenali kerana 'kasih sayangnya' kepada kroni-kroni dan tamakkan kuasa.

Comments