Mana Mahathir Sebagai 'Pejuang Melayu'?


Di kala masyarakat negara ini memberi perhatian kepada isu sensitif melibatkan penjualan stoking di sebuah pasar raya terkemuka, bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga saat ini masih mendiamkan diri.

Sebagai pemimpin yang kerap kali melaungkan perjuangan menuntut hak-hak orang Melayu, ke manakah suaranya ketika ini?

Jelas sekali kita tahu Mahathir hanya mempergunakan sentimen 'ke-Melayu-an' untuk meraih simpati masyarakat.

Apabila dia tahu sokongan orang Melayu terhadapnya sudah berkurang, Mahathir kerap melaungkan dia adalah pejuang orang Melayu!

Namun apabila isu sensitif seperti ini tercetus, Mahathir hanya membisu dan tidak memberikan sebarang kenyataan tentang perkara berkenaan.
Jika hendak kata Mahathir sakit dan tidak mampu memberikan kenyataan media tentang perkara itu, semak semula hantaran di media sosialnya.

Boleh sahaja Mahathir memuat naik hantaran tentang keadaannya di hospital.

Malah, boleh membaca surat khabar lagi. Tak akan dia tidak cakna tentang isu sebesar itu? Mustahil.

Kalau soal melibatkan anak-anaknya yang disiasat oleh SPRM, esok juga Mahathir buat sidang media.

Apabila isu membabitkan rakyat, Mahathir hanya buat 'bodoh' sahaja. Mungkin dia rasa isu berkenaan bukan memberi kepentingan kepadanya.
Perjuangan Mahathir untuk orang Melayu hanya retorik semata-mata sehingga kini.

Bermacam dakwaan dia keluarkan berkenaan orang Melayu. Melayu malas, Melayu hilang segala-galanya.

Walhal, ketika dia memerintah negara selama 22 tahun, apa sahaja yang dibuat oleh Mahathir untuk orang Melayu?

Mahathir sendiri mengatakan dia gagal membantu orang Melayu. Bagaimana tidak gagal kalau asyik memberi 'kelebihan' kepada kroninya sahaja?

Orang Melayu yang dibantunya hanya kenalan rapatnya sahaja seperti Tun Daim dan beberapa nama lagi termasuk keluarganya sendiri.

Mahathir sangat hipokrit terhadap orang Melayu!

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/proklamasi-melayu-tanda-tun-m-pernah-pinggir-melayu/

https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Mahathir sendiri banyak kali mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mencetuskan isu perkauman.

Bagaimana Mahathir dakwa kaum Cina sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan rakyat negara ini kerana menggunakan 'chopstick'?

Bagaimana Mahathir mendakwa kaum India tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia kerana terikat dengan negara asal mereka?

Disebabkan itu, Mahathir berdiam diri soal isu stoking tersebut kerana dia juga salah seorang yang selalu mencetuskan sentimen sensitif di negara ini.

Mahathir hanya politikus yang populis tapi dia lupa strateginya sudah lapuk. Hendak memperjuangkan orang Melayu tapi ala kadar sahaja.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/693050

https://www.channelnewsasia.com/asia/mahathir-chopsticks-chinese-malaysians-hands-lim-guan-eng-simplistic-offensive-2376401


Selepas ini, apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir tentang perjuangan orang Melayu, abaikan sahaja.

Apabila orang Melayu berdepan isu besar seperti ini, Mahathir menghilang dan membisu.

Mahathir patut malu menggelarkan diri sebagai pejuang orang Melayu.

Mahathir bukan pejuang orang Melayu tapi hanya memperjuangkan agenda peribadi dan mempergunakan orang lain demi dirinya sendiri.

Mahathir seorang politikus yang bacul di kala orang Melayu dilayan sedemikian rupa di negara ini.

Comments