Strategi Licik Mahathir Selamatkan Diri


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini memuat naik hantaran berbentuk sindiran di laman media sosialnya.

Dia melontarkan dakwaan terhadap kerajaan berhubung isu rasuah susulan penahanan dua anaknya, Mirzan serta Mokhzani oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahathir mendakwa kerajaan gagal mengambil tindakan tegas terhadap pesalah rasuah lain namun berlainan dengan keluarga serta rakan-rakannya.

Persoalannya, adakah Mahathir sengaja melontarkan tuduhan itu untuk mengalihkan perhatian daripada dakwaan terhadap anak-anaknya sendiri?

Jangan sembang soal integriti dan keadilan, sedangkan tuduhan itu hanyalah satu strategi licik Mahathir untuk mempertahankan kepentingan politik serta keluarganya.

SUMBER: https://twitter.com/chedetofficial/status/1786240435037647277


Mokhzani disiasat susulan dia didapati mempunyai kaitan dengan pegangan sahamnya dalam syarikat GLC bagi mendapatkan projek kerajaan.

Mokhzani menubuhkan Kumpulan Kencana pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.

Syarikat itu kemudiannya memenangi lesen itu mereka bentuk struktur luar pesisir daripada Petronas pada 2002.

Mokhzani bagaimanapun sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu dan menipu orang ramai apabila mengatakan Sapura Kencana Petroleum hanya ditubuhkan pada 2012.

Bukti daripada penyata tahunan Kencana pada 2011 menunjukkan Kencana Petroleum Bhd sememangnya telah memperoleh kontrak berkenaan daripada Petronas pada 2002.

Mokhzani juga pernah mengetuai syarikat pengeluar gentian optik, Opcom Group bersama-sama Mukhriz.

Mokhzani, Mukhriz, Mirzan dan isteri Mukhriz iaitu Norzieta Zakaria merupakan pengarah syarikat berkenaan dari 1994 hingga 2021.

Mahathir menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk memberikan kontrak secara rundingan terus kepada syarikat tersebut sebanyak dua kali ketika menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh.

Bagaimana syarikat itu boleh dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta daripada Mahathir hanya selepas beberapa hari Pilihan Raya Umum ke-14?

Saham Opcom pula tiba-tiba melonjak di tengah-tengah spekulasi bahawa syarikat itu akan menjadi penerima utama projek berkenaan.

SUMBER: https://www.nst.com.my/news/nation/2023/06/921295/macc-investigates-elements-corruption-opcom-scandal


Mirzan pula didapati terbabit dalam penjualan dan pembelian syarikat GLC.

Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.

Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).

Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.

Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.

Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.

KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion. Ramai ahli Parlimen yang menentang habis-habisan idea berkenaan.

Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.

Kementerian Kewangan meminta Mahathir membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi Mahathir tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.

Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.

Sebab itu, Mirzan masih kekal dalam golongan elit negara, walhal dia hampir muflis suatu masa dahulu.

SUMBER: http://www.financetwitter.com/2023/04/court-battle-how-mahathir-enriched-his-son-by-bailing-out-rm1-7-billion-debt-laden-konsortium-perkapalan-bhd.html


Mahathir sebenarnya hanya mahu selamatkan dirinya sendiri. Namun untuk menyelamatkan diri sendiri, perlu mempertahankan kroni-kroninya dahulu.

Mahathir jangan lupa siapa yang paling mengamalkan kronisme di negara ini.

Disebabkan kronisme Mahathir, ramai rakyat sebenarnya menderita di bawah pemerintahannya.

Mahathir jangan lupa siapa yang mendesak rakyat untuk membeli kereta Proton selepas mengenakan cukai terlalu tinggi kepada kereta import.

Mahathir jangan lupa siapa yang mengenakan kadar tol sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun dahulu.

Siapa yang mendapat projek LRT dan bas Intrakota pada tahun 1990-an? Syarikat kroni Mahathir juga.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/05/03/why-mahathirs-cronyism-is-worse-than-corruption/


Pendek kata, kronisme Mahathir hanya memberi kekayaan kepada keluarga dan rakan-rakannya sahaja.

Tak perlu ikut saluran rasmi, guna pintu belakang pun boleh dianggap 'halal' oleh Mahathir.

Maka, jangan pertikai siasatan SPRM terhadap anak-anak dan kroni-kroninya.

Mahathir memang akan lupa tapi rakyat negara ini tidak pernah lupa tentang tindakannya yang hanya menguntungkan kroni-kroni.

Biar rakyat menderita tapi Mahathir dan kroni-kroni hidup mewah beralaskan duit. Itulah prinsip Mahathir sepanjang bergelar Perdana Menteri.

Comments