Kisah Karut Mahathir Tentang Melayu


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan dakwaan tidak berasas berhubung perpecahan masyarakat Melayu di negara ini.

Mahathir mendakwa perpecahan berlaku disebabkan ketidakcekapan penggantinya selepas dia meletakkan jawatan pada 2003.

Mahathir mendakwa orang Melayu bersatu-padu di bawah parti UMNO semasa dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Kisah karut apa yang Mahathir cuba bawa kepada rakyat kali ini? Mahathir lupa atau buat-buat lupa?

Melayu sebenarnya mula berpecah sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819


Mahathir lupa perpecahan orang Melayu telah bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.

Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.

Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.

Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.

Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.

SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/


Mahathir mencampuri urusan badan kehakiman sewaktu dia menyingkirkan hakim Tun Salleh Abbas pada 1988.

Konflik dalaman dalam UMNO ketika itu menyebabkan kuasa Mahathir tergugat dan penggantungan dua wartawan Wall Street Journal mencetuskan permusuhan antara dia serta badan kehakiman.

Keputusan mahkamah untuk kedua-dua kes yang tidak menyebelahi menyebabkan Mahathir melakukan pindaan ke atas Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Tindakan Mahathir yang memburukkan badan kehakiman telah mencetuskan kemarahan golongan hakim di negara ketika itu.

Tun Salleh Abbas merupakan salah seorang hakim yang terbabit menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong meminta agar Mahathir menghentikan 'sandiwara' tersebut.

Namun surat berkenaan dijadikan alat politik buat Mahathir untuk melaksanakan rombakan terhadap sistem kehakiman negara secara besar-besaran.

Tun Salleh Abbas akhirnya diganti atas alasan faktor kesihatan oleh Mahathir.

SUMBER: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2021/01/658124/when-tun-salleh-abas-was-removed-lord-president


Mahathir menjadi dalang kepada tragedi Memali pada 1985 yang menyebabkan 14 orang terkorban.

Peristiwa itu berlaku selepas Mahathir mendakwa PAS menjadi punca kepada kejadian berkenaan.

Namun, waris kepada mangsa-mangsa tragedi berkenaan sebaliknya terus menyalahkan Mahathir atas kejadian tersebut.

Malahan, Mahathir juga dikatakan berada di Malaysia ketika peristiwa terbabit, bukannya di China seperti disebarkan kepada orang awam sebelum ini.

Sehingga kini, peristiwa hitam itu telah mencetuskan kebencian kebanyakan orang Melayu terhadap Mahathir.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373618/rci-memali-tiada-maaf-untuk-mahathir

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/312781/tun-m-dihantui-tragedi-memali


Mahathir juga menjadi punca perpecahan kaum menerusi tindakannya yang suka melompat parti sejak beberapa tahun lalu.

Mahathir turut mengkritik orang Melayu dengan pelbagai kata-kata kurang enak didengari.

Justeru, salah siapa Melayu berpecah? Tak usah lagi berbohong, Mahathir.

Tak perlu salahkan orang lain dan cuba menutup kesalahan diri sendiri.

Sampai bila nak sebarkan cerita mengarut? Cukup-cukuplah, hentikan penipuan itu.

Comments