Sisi Gelap Figura Bernama Mahathir


Sejak 1981 hingga sekarang, negara dibayangi dengan figura bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Meskipun sudah menjejak 99 tahun, namun Mahathir masih mahu berpolitik dan mencanang namanya sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada negara.

Namun, sisi gelap Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri lebih banyak dibongkar.

Justeru, rakyat enggan mempercayai ketokohan Mahathir untuk memegang tampuk pemerintahan negara buat kali ketiga.

Bukan satu tapi banyak pembongkaran tentang sisi gelapnya telah membayangi jasa dan sumbangannya kepada negara.
Sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat, Mahathir bersekongkol dengan Menteri Kewangan merangkap rakan baiknya sendiri iaitu Tun Daim Zainuddin tentang skandal Forex.

Skandal Forex berkenaan telah menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) dibelenggu kontroversi dan negara kehilangan aset negara.

Nilai kerugian sebanyak RM31.5 bilion dilaporkan hilang daripada aset negara akibat skandal tersebut.

Daim pula mendakwa dia tidak sedar tentang perubahan polisi BNM tentang perdagangan pertukaran mata asing selepas 1985.

BNM dilaporkan telah membelanjakan nilai mencecah jutaan hingga bilion Ringgit Malaysia sehari dalam pasaran pertukaran masa asing.

Pada 1993, Gabenor BNM, Tan Sri Jaafar Hussein mengaku negara kerugian RM10.1 bilion berikutan aktiviti mereka dalam pasaran pertukaran mata wang asing.

SUMBER: https://soscili.my/skandal-forex-bank-negara-malaysia-mahathir/


Mahathir menjadi dalang kepada tragedi Memali pada 1985 yang menyebabkan 14 orang terkorban.

Peristiwa itu berlaku selepas Mahathir mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menyerang kampung tersebut kerana dia mendakwa penduduk di situ menyokong PAS.

Mahathir juga dikatakan berada di Malaysia ketika peristiwa terbabit, bukannya di China seperti disebarkan kepada orang awam sebelum ini.

Adakah salah di sisi undang-undang untuk rakyat memberi sokongan kepada parti politik lain sehingga membunuh orang ramai?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373618/rci-memali-tiada-maaf-untuk-mahathir


Pada 1997, Mahathir mengkritik pasaran pertukaran mata wang dan mengancam untuk menyekat pasaran pertukaran asing yang tidak berkaitan dengan import.

Pengumuman Mahathir itu menyebabkan pasaran saham negara menjadi tidak menentu.

Namun, kenyataan tersebut menyebabkan nilai Ringgit Malaysia menjunam, daripada RM2.50 kepada RM4.885 bagi 1 dolar Amerika Syarikat (USD) pada 1998.

Pasaran saham turut mengalami penurunan daripada 1,300 mata pada suku pertama 1997 kepada kurang 500 mata pada Januari 1998 dan seterusnya sekitar 300 mata pada Ogos 1998 sehinggalah 262 mata pada September 1998.

Mahathir kemudiannya melaksanakan dasar kawalan kewangan tanpa meminta bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Kenapa Mahathir berbuat demikian? Kerana dia takut kroni-kroninya akan bankrap termasuklah syarikat milik anaknya, Konsortium Perkapalan Bhd yang memerlukan 'bail-out' daripada kerajaan.

SUMBER: https://alditta.blogspot.com/2023/04/how-mahathir-enriched-his-son.html#


Mahathir turut terlibat dalam skandal Perwaja Steel pada 1998.

Dia secara senyap menawarkan bantuan kepada syarikat berkenaan yang ketika itu mengalami kerugian sebanyak RM24.9 bilion susulan gagal mematuhi prosedur operasi standard dan kewangan.

Pengarah Urusan Perwaja Steel ketika itu, Tan Sri Eric Chia menunjukkan liabiliti bersih semasa syarikat pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 1995 adalah RM926 juta; liabiliti jangka masa panjang adalah RM6 bilion dan defisit hampir mencecah RM1.9 bilion dalam akaun pemegang amanah.

Namun, satu laporan komprehensif terhadap Perwaja Steel menunjukkan bukti Mahathir membenarkan Eric Chia mendapatkan projek besar tanpa melalui proses tender.

Pada 1996, Perwaja Steel mencatatkan kerugian besar dan memerlukan suntikan dana tambahan daripada Perbendaharaan Persekutuan.

Disebabkan Eric Chia mendapat kelulusan daripada Mahathir, kuasa Perbendaharaan telah diikat dan Perwaja Steel sekali lagi dibantu menggunakan duit negara.

SUMBER: https://theunspinners.blogspot.com/2017/09/fakta-skandal-perwaja-yang-berjaya.html


Skandal-skandal ini membelenggu profil politik Mahathir namun dia tidak pernah mengaku kesalahannya.

Mahathir juga masih berjalan dengan senang hati tanpa sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya.

Bukan sahaja Mahathir, malah kroni-kroninya juga masih selamat dan senang-lenang dengan kemewahan mereka.

Rakyat menderita di bawah pemerintahan Mahathir namun Mahathir tetap bongkak di hadapan khalayak ramai.

Comments