Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mencetuskan kontroversi yang tidak relevan apabila menyebut tentang Statut Rom.
Dia mendakwa apabila Malaysia tidak meratifikasi Statut Rom, pemimpin Zionis iaitu Benjamin Netanyahu boleh menerima suaka politik di negara ini.
Sudah nyanyuk agaknya si orang tua ini. Cuba baca balik Artikel 87(5) Statut Rom.
Jangan cakap semberono sahaja semata-mata untuk memburukkan kerajaan atau sesiapa dalam isu ini.
Dulu siapa yang tarik diri daripada Statut Rom? Bukankah Mahathir sendiri yang membuat keputusan itu pada 2019?
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/549381/malaysia-tarik-diri-statut-rom
Artikel 87(5) Statut Rom merujuk kepada kerjasama dengan negara yang tidak meratifikasi perjanjian dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Peruntukan itu membolehkan ICC untuk menjemput negara seperti Malaysia untuk bekerjasama dalam kes tertentu melalui perjanjian ad hoc.
Selain itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh menggunakan kuasa di bawah Bab VII Piagam PBB untuk mewajibkan Malaysia bekerjasama dengan ICC dalam situasi yang dianggap ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Justeru, Mahathir perlu faham bahawa meskipun Malaysia tidak meratifikasi Statut Rom, namun masih banyak cara boleh dibuat untuk menolak suaka politik Netanyahu.
Adakah Mahathir hanya melihat Statut Rom sebagai satu solusi sahaja? Patutlah kalah teruk ketika pilihan raya.
Buat keputusan membabi buta dan tidak relevan untuk negara.
SUMBER: https://x.com/Gurcharangurvir/status/1861683103250686221
Malaysia juga tidak akan sesekali menerima Netanyahu di negara ini disebabkan dasar luar yang enggan mengiktiraf Israel.
Pasport Israel tidak dibenarkan dalam negara ini. Sesiapa rakyatnya dilarang memasuki negara ini termasuklah Netanyahu.
Bertahun-tahun lamanya Malaysia menyatakan pendirian menyokong pejuangan Palestin.
Bagaimana Mahathir boleh mendakwa Netanyahu boleh menerima suaka politik di negara ini?
Lain kali tolong keluarkan kenyataan yang bernas dan relevan.
SUMBER: https://x.com/ikhlas_inside23/status/1861686235028464054
Mungkin Mahathir sebenarnya mahu Netanyahu memasuki negara ini.
Rakyat tidak lupa bagaimana Mahathir menyokong penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel ketika dia menjadi Perdana Menteri pada 2002.
Mahathir banyak terlibat dalam urus niaga dengan individu yang pro-Zionis.
Jangan lupa Mahathir membenarkan syarikat seperti Blackrock melabur di negara ini sejak 1990-an.
Blackrock diasaskan oleh Larry Fink, seorang individu yang menyokong Zionis.
Ketika dia menjadi Perdana Menteri ke-7, Mahathir sekali lagi berjumpa pengurus dana Blackrock untuk memujuk firma itu melabur di Malaysia.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/480210/dr-m-temui-pelabur-pengurus-dana-berpangkalan-di-uk
Sewaktu era pemerintahannya, Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel bermain di Malaysia atas alasan tidak mahu dunia menganggap negara ini sebagai pro pengganas.
Namun Israel sebenarnya adalah negara pengganas sejak 1948 lagi.
Bukan itu sahaja, Mahathir juga membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh di pelabuhan Malaysia.
Mahathir memberi alasan membenarkan kapal-kapal itu berlaku kerana masih menaruh harapan kepada usaha damai antara Palestin dan Israel.
Selain itu, ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, Mahathir membayar pelobi Zionis bernama Jack Abramoff dengan bayaran sebanyak AS$1.2 juta.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/benar-kapal-israel-berlabuh-di-malaysia-pada-2002-kerana-percaya-harapan-usaha-damai-tun-m-450881
Mahathir sebenarnya acah-acah bercakap soal menentang Israel tapi dia sendiri menyokong Zionis.
Dia kena faham meratifikasi Statut Rom bukan jalan penyelesaian sebenar.
Malaysia sendiri memiliki dasar luar yang melarang penduduk haram Israel daripada memasuki negara ini.
Jangan Mahathir rasa dia yang paling bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan negara.
Sedangkan dia sendiri yang banyak menjual kedaulatan negara. Ingat balik kes Pulau Batu Puteh dan sebagainya.
Comments
Post a Comment