Gesaan Mahathir Lapuk, Tak Relevan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan berhubung penjualan air mentah pada harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen kepada Singapura.

Gara-gara kesnya menjual kedaulatan Pulau Batu Puteh masih dalam siasatan, Mahathir tiba-tiba mencetuskan naratif baharu.

Adakah Mahathir sekali lagi cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan naratif berkenaan?

Bukankah perkara tentang penjualan air mentah itu sudah diterangkan oleh kerajaan?

Mengapa Mahathir mahu RCI ditubuhkan untuk isu berkenaan?
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir telah memberi jawapan jelas kepada isu terbabit.

Kos merawat sendiri air mentah adalah lebih tinggi iaitu RM1.80 untuk setiap meter padu.

Namun, harga air terawat dibeli pada kadar 50 sen untuk setiap 1,000 gelen.

Kerajaan juga membeli sehingga 16 juta gelen sehari (MGD) berbanding lima juta gelen sehari yang dinyatakan dalam perjanjian sebelum ini.

Malah, kerajaan juga sudah merangka dan melaksanakan pelbagai projek bagi mengurangkan kebergantungan kepada Singapura.

Antara projek utama di bawah pelaksanaan tersebut adalah pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Johor (Sungai Lebak), pembinaan baraj di Sungai Sedili Besar, serta pembinaan loji rawatan air seperti Loji Rawatan Air Layang 2 dan Loji Rawatan Air Semangar 3.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331563/kos-rawat-air-mentah-lebih-tinggi-berbanding-beli-dari-singapura


Sekurang-kurangnya pelbagai projek telah dilaksanakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada Singapura.

Namun, Mahathir sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, masih gagal untuk berunding semula dengan Singapura berhubung terma perjanjian tersebut.

Sekarang ini baru hendak memekak sana sini dan meminta RCI ditubuhkan untuk menyiasat isu berkenaan.

Tiada keperluan sebenarnya untuk melaksanakan RCI berhubung isu terbabit.

RCI biasanya ditubuhkan untuk isu-isu besar seperti skandal kewangan, penyelewengan kuasa atau perkara yang boleh menggugat kestabilan negara.

Tidak wajar jika digunakan untuk isu kecil atau yang boleh diselesaikan melalui mekanisme lain.
Kalau hendak bercakap soal perjanjian dan penjimatan kepada negara, Mahathir sendiri turut gagal melakukannya.

Disebabkan mengkritik dasar yang tidak adil kepada masyarakat Muslim di India, negara itu bertindak memboikot minyak sawit hasil Malaysia.

Boikot tersebut menyebabkan pasaran minyak sawit tempatan banyak merosot akibat hilangnya satu sumber pendapatan yang besar.

Sejak itu, keluar bermacam teori daripada pentadbiran Mahathir seperti menyuruh rakyat Malaysia minum satu sudu minyak sawit setiap hari dengan alasan untuk menstabilkan kembali harga minyak sawit negara.

Siapa yang terkesan? Sudah tentu para peladang atau pengusaha kelapa sawit.

Jika pada tahun 2017, harga sawit mampu mencecah sehingga RM600 satu tan namun turun kepada paras RM300 pada 2018 selepas kerajaan Mahathir mengambil alih negara.

SUMBER: https://www.reuters.com/article/us-india-malaysia-palmoil-exclusive-idUSKBN1ZC0T6


Mahathir seolah-olah cuba mengalih perhatian orang ramai dengan naratif baharu sekali lagi.

Kalau Mahathir beranggapan rakyat akan terus lupa kepada pelbagai kes yang membelenggunya, maka dia tersilap langkah.

Kes-kes melibatkannya adalah lebih besar daripada Mahathir sangkakan.

Cukup-cukuplah Mahathir bermain dengan naratif yang sudah tidak relevan.

Sudah masuk 2025, masih lagi bermain dengan naratif yang telah lapuk.

Comments