Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa UMNO mula berpecah selepas dia bersara pada 2003.
Dia mendakwa situasi itu menyebabkan sokongan politik orang Melayu terbahagi kepada beberapa parti lain.
Mahathir turut mendakwa semasa dia memimpin negara serta UMNO, parti itu menjadi wadah utama orang Melayu dan tidak berlaku perpecahan seperti sekarang.
Namun, Mahathir lupa bahawa dia adalah punca kepada perpecahan sokongan politik orang Melayu dari awal lagi.
Bagaimana tertubuhnya Semangat 46? parti Bersatu? PEJUANG? Bukankah kesemua parti berkenaan tercetus kerana Mahathir?
Mahathir sudah lupa? Sudah nyanyuk?
Sewaktu menjadi Perdana Menteri bermula 1981, Mahathir sengaja tidak melantik Timbalan Perdana Menteri dan membiarkan persaingan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.
Selepas PRU 1986, Mahathir menurunkan pangkat Ku Li daripada Menteri Kewangan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, namun masih mengekalkan Ku Li dalam jemaah menteri walaupun telah bersekongkol dengan Musa untuk menggugurkan Ku Li.
Musa ketika itu menganggap dirinya sebagai 'PM-bersekutu' apabila media menggelarkan dia dan Mahathir sebagai 'kerajaan 2M'.
Namun, Mahathir ketika itu menyatakan 2M bermaksud 'Mahathir Mohamad'.
Musa berasa kecewa dengan Mahathir dan meletakkan jawatan pada 1986.
Musa kemudiannya bersatu dengan Ku Li dalam Team B pada pemilihan parti UMNO pada 1987.
Ku Li bagaimanapun tidak setuju dengan keputusan pemilihan berkenaan kerana menyatakan telah dimanipulasi oleh Mahathir.
Mahathir turut mencetuskan kemarahan Team B apabila bertindak menyingkirkan semua ahli Team B daripada Kabinetnya.
Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru.
Setelah melalui proses mahkamah, mahkamah mengisytiharkan pengharaman UMNO.
Tidak lama kemudian, Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO baru.
Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Team A yang kemudiannya memulakan pemindahan aset UMNO 'lama' ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikutnya.
Rentetan daripada peristiwa itulah tertubuhnya Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh Team B.
SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/279937
Mahathir kemudiannya menubuhkan Bersatu bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2016 kononnya untuk menentang UMNO yang sudah tidak seperti dulu.
Mahathir memanipulasi sentimen rakyat melalui isu 1MDB dan bersekutu dengan pembangkang seperti DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Harapan (PH).
Apabila Mahathir kembali berkuasa pada 2018 bersama PH, retorik penyatuan Melayu serta-merta diketepikan.
Janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditunaikan, menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong Anwar.
Mahathir pula dilucutkan keahlian daripada Bersatu selepas tumbangnya kerajaan PH pada 2020.
SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/166162
Selepas ditendang keluar daripada Bersatu, Mahathir menubuhkan Pejuang atas alasan mahu memperjuangkan orang Melayu dan pribumi di Malaysia.
Dia juga mendakwa parti-parti Melayu lebih mengutamakan menjaga kepentingan golongan elit supaya kekal berkuasa.
Malah dia turut mendakwa Pejuang akan cuba menghapuskan rasuah dan kleptokrasi.
Namun, rakyat tahu siapakah Bapa Kleptokrasi Malaysia sejak dulu lagi.
Pejuang itu hanyalah platform untuk Mahathir cuba kekal relevan tetapi parti itu langsung tidak diterima oleh rakyat kerana ramai sudah muak dengan pembohongannya.
Bukti tampak jelas apabila Pejuang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.
Semua calonnya termasuk Mahathir hilang deposit, membuktikan parti yang diasaskan Mahathir bukan lagi pilihan rakyat.
SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2022/11/20/pru15-rasmi-mahathir-hilang-deposit-kalah-teruk-di-langkawi/
Kalau bukan kerana Mahathir, UMNO tidak akan menjadi seperti sekarang.
Mahathir terlalu rakuskan kuasa sehingga berpecahnya parti Melayu yang sepatutnya menjadi wadah perjuangan Melayu.
Taktik licik dan kotor merupakan permainan politik Mahathir semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.
Tak usah bersembang soal penyatuan kerana Mahathir adalah penyebabnya daripada dahulu.
Mahathir patut sedar orang Melayu berpecah kerana dia. Sokongan politik Melayu berpecah kerana dia!
Comments
Post a Comment