Dalam landskap politik Malaysia, wujud politikus yang muncul sebagai simbol nepotisme dan kepentingan peribadi.
Nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir sering dikaitkan dengan gelaran berkenaan.
Sebagai anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz telah menaiki kedudukan politik peringkat tertinggi dengan pantas.
Namun, rekodnya dalam politik menunjukkan pola yang mencurigakan.
Mukhriz bukan membantu rakyat, sebaliknya hanya mahu memberi kekayaan kepada dirinya dan ahli keluarga.
Mukhriz sebelum ini didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke dalam sebuah akaun bank di Kanada ketika dia menjadi Menteri Besar Kedah.
Perkara itu didedahkan oleh Menter Besar Kedah ketika ini dan bukti tentang pemindahan wang berkenaan masih disimpan.
Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun bukti sudah ada, apa lagi alasan yang Muhkriz mahu berikan?
Jumlah RM13 juta mungkin hanya nilai yang kecil bagi Mukhriz, namun wang tersebut jika disalurkan untuk rakyat Kedah ketika dia menjadi Menteri Besar, banyak perkara yang boleh dibuat khususnya dalam soal kemiskinan.
Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz merekodkan kadar kemiskinan kira-kira 8.8 peratus pada 2019.
Berapa banyak keluarga berstatus miskin di Kedah boleh dibantu dengan wang sebanyak itu?
Mukhriz tak akan pernah tahu kerana dia tidak ambil peduli tentang kesengsaraan rakyat.
Ingat kembali bagaimana Mukhriz digulingkan sebanyak dua kali di Kedah kerana gagal mentadbir negeri berkenaan serta tidak mampu melaksanakan rancangan yang jelas untuk menjana pertumbuhan ekonomi di negeri itu.
Ketika rejim pemerintahan Mukhriz di Kedah yang pertama, rizab kewangan negeri itu merosot daripada RM208.94 juta pada 2013 kepada RM43.40 juta pada 2015.
Jumlah kutipan hasil Kedah juga menurun daripada RM518.3 juta pada 2013 kepada RM411.05 juta.
Bagaimana sebelum ini parti Pejuang boleh membayangkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri masa depan untuk Malaysia?
Jika di negeri seperti Kedah, Mukhriz gagal menunjukkan prestasi yang baik, apatah lagi kalau diberi peluang menjadi Perdana Menteri?
Boleh melingkup negara ini di bawah pemerintahan Mukhriz.
Tambah-tambah sekarang dunia berdepan pelbagai cabaran dari segi ekonomi khususnya kos sara hidup yang tinggi.
Silap haribulan makin merana rakyat kalau Mukhriz diangkat menjadi Perdana Menteri.
Mukhriz pernah menafikan penglibatannya dalam kelulusan aktiviti pembalakan di Gunung Inas.
Bayangkan berapa ramai rakyat terpaksa menderita akibat aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.
Pada Julai 2022, banjir kilat telah menyebabkan ribuan penduduk di Baling terjejas.
Bencana berkenaan beserta beberapa siri kejadian seumpamanya telah menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan tersebut sejak aktiviti pembalakan terbabit dijalankan.
Anehnya, aktiviti pembalakan di kawasan tersebut hanya berjalan dengan pesat ketika era pemerintahan Mukhriz.
Projek ladang rakyat yang dilaksanakan sebelum era pemerintahan Mukhriz buat kali pertama di Kedah juga dibatalkan atas alasan tidak munasabah.
Mukhriz langsung tidak kisah dengan penderitaan rakyat, selagi nilai duit dalam banknya terus bertambah.
Mukhriz sememangnya simbol kepada nepotisme dan agenda peribadi dalam arena politik negara.
Daripada memberi fokus kepada soal membantu rakyat, Mukhriz lebih sibuk 'menambah' duit dalam akaun banknya sendiri.
Rakyat negara ini layak mendapat pemimpin yang boleh berkhidmat untuk rakyat.
Malaysia tidak memerlukan politikus yang 'membebankan' dan hanya pandai menggunakan nama keluarganya untuk kepentingan peribadi seperti Mukhriz.
Comments
Post a Comment