Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan kerjasama bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Kedua-dua parti itu mengetengahkan tawaran dasar-dasar yang progresif kepada para pengundi.
Antara tunjang dasar yang mereka ketengahkan adalah penyelesaian kos sara hidup, pekerjaan berkualiti, kelestarian alam sekitar, perumahan mampu milik dan reformasi institusi.
Banyak dasar yang mereka cuba tawarkan dan perjuangkan, namun adakah MUDA dan PSM mampu untuk melaksanakannya sekiranya menang?
MUDA sendiri gagal untuk menaikkan kawasan yang mereka pegang sebelum ini.
Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz lebih gemar menyerang pihak lain berbanding memberi fokus kepada kawasan Parlimennya iaitu Puteri Wangsa.
Sebelum ini, Amira Aisya mencetuskan kemarahan pihak lain kerana mengkritik pembangunan negeri Kelantan.
Tindakannya itu mendapat respons negatif dan dia sendiri digesa untuk memberi tumpuan lebih kepada isu di Puteri Wangsa.
Amira Aisya pernah dikritik kerana gagal menjalankan tugasnya dengan baik ketika insiden kebakaran Felda Tebrau pada Mac 2022.
Alasan yang mengatakan dia belum mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat disifatkan sebagai 'lepas tangan' oleh kebanyakan pihak.
Hanya selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan turun padang meninjau dan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran, barulah Amira Aisya 'tunjuk muka'.
Malah, Amira Aisya gagal menangani isu pencemaran Sungai Tebrau dan bau busuk loji kumbahan najis Taman Sinaran Kempas yang berlarutan sejak puluhan tahun dulu.
SUMBER: https://harakahdaily.net/2022/05/31/apabila-adun-muda-johor-sibuk-serang-kelantan/
Tidak sampai dua tahun penubuhan parti, MUDA terpalit dengan kontroversi ahli-ahlinya dengan selamba menayangkan kegiatan mereka minum minuman beralkohol.
Sehinggakan ada yang mempertikaikan sama ada pembelian arak berkenaan menggunakan duit kutipan awam bantuan banjir di Johor pada 2022.
MUDA mendakwa ahli-ahli yang minum arak adalah mereka yang bukan beragama Islam.
Namun, wajarkah foto-foto mereka minum arak disebarkan atau dimuat naik di media sosial untuk tatapan orang ramai khususnya golongan belia?
MUDA ditubuhkan untuk mewakili suara belia. Adakah mempromosikan arak itu adalah baik untuk manfaat golongan belia?
Dari segi kesihatan, arak juga tidak baik untuk kesihatan manusia jika diambil secara berlebihan oleh orang bukan Muslim.
Sepatutnya, parti MUDA mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat yang wajar diikuti oleh golongan belia, selaras dengan identiti parti itu.
SUMBER: https://x.com/shwsyz/status/1478321428155961345
Pada Februari lalu, lebih daripada 100 ahli MUDA Kluang, termasuk ketua cawangan, Shikh Mohd Farkhann telah meninggalkan MUDA dan menyertai sayap Pemuda UMNO.
Shikh mengatakan bahawa hala tuju MUDA semakin tidak jelas dan persepsi pengundi muda terhadap parti itu adalah negatif memandangkan entiti terbabit tidak memiliki pendirian konsisten.
Dia juga menjangkakan MUDA akan menghadapi kesukaran untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Jangkaan Shikh itu berkemungkinan boleh menjadi realiti. MUDA tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 2023 dan semua ahlinya hilang wang depositnya.
Kekalahan mereka pada PRN tersebut merupakan bukti MUDA bukan pilihan orang ramai khususnya golongan muda.
Selain itu, pada tahun lalu, Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi turut meletakkan jawatan atas sebab peribadi yang tidak dinyatakan.
Bagaimana MUDA mahu ke hadapan seperti dimahukan oleh Syed Saddiq jika ahli-ahli mereka tidak lagi mempercayai kredibiliti atau kemampuan parti itu?
Sebenarnya, MUDA hanya menunggu masa untuk karam kerana golongan belia tidak lagi merasakan parti itu berupaya membawa suara mereka ke pentas politik nasional.
SUMBER: https://x.com/NewsBFM/status/2019739112912355330
Bagaimana MUDA mahu memperjuangkan kesemua dasar itu sedangkan parti itu masih terumbang-ambing?
Krisis dalaman masih membelenggu parti itu, ramai ahlinya meletakkan jawatan.
Kalau krisis dalaman tidak diselesaikan, bagaimana parti itu mahu membimbing sebuah kawasan?
Rekod MUDA juga tidak memberangsangkan di Puteri Wangsa.
Tidak nampak sebarang kemajuan yang dicapai oleh penduduk Puteri Wangsa ketika di bawah Amira Aisya.
Kalau satu kawasan pun gagal diuruskan, bagaimana rakyat mahu mempercayai MUDA menguruskan sebuah negeri?
Comments
Post a Comment