Nasib Syed Saddiq Kian Di Penghujung


Nasib ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kes pecah amanah dan rasuah bakal diketahui dalam masa terdekat.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengatakan beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan tarikh keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Namun, berdasarkan penghujahan yang dibentangkan oleh pasukan pendakwaan jelas menunjukkan Syed Saddiq bersalah dalam kes berkenaan.

Syed Saddiq juga jelas memberikan kenyataan yang bercanggah dengan keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan sepanjang kes perbicaraan.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/penentuan-nasib-syed-saddiq-dalam-tempoh-terdekat/


Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menegaskan Syed Saddiq sepatutnya memberitahu bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang menguruskan akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) bahawa wang hasil kutipan melalui dua program meraih dana yang dianjurkan oleh parti Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) adalah untuk menggantikan wangnya yang didahulukan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Wan Shaharuddin, sekiranya benar wang tersebut bertujuan untuk digunakan bagi perjalanan kempen, wang berkenaan sepatutnya disimpan dalam akaun ABBE.

Namun Syed Saddiq mengarahkan keseluruhan RM120,000 dipindahkan terus ke dalam akaun Maybank peribadi miliknya.

Wan Shaharuddin mengatakan perlakuan Syed Saddiq dari awal secara jelas menunjukkan niat untuk menyalahgunakan wang tersebut untuk diri sendiri.

Syed Saddiq juga tidak sesekali menafikan wujudnya komunikasi antara dia dan Rafiq Hakim mengenai pemindahan wang terbabit.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/955742/syed-saddiq-tidak-beritahu-kutipan-program-raih-dana-untuk-ganti-wangnya


Syed Saddiq mendakwa tidak subahat dalam kes pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM1 juta milik Armada.

Malahan, pasukan pembelaan Syed Saddiq mendakwa wang RM1 juta itu digunakan bagi tujuan kebajikan.

Hebat pasukan pembelaan Syed Saddiq cuba menggunakan naratif berkenaan.

Walhal, berdasarkan fakta kes, Syed Saddiq mengarahkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan berikutan Syed Saddiq risau wang tersebut akan disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wang tersebut juga diagihkan kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, Muhammad Daniel Kusari dan Ahli Bersatu, Muhammad Naqib Ab Rahman.

Keterangan saksi juga mengatakan Syed Saddiq mengarahkan pengeluaran wang itu kerana merasakan kedudukannya dalam Pakatan Harapan (PH) tidak kukuh.

Syed Saddiq masih cuba memutar belit fakta lagi?

Sumber: https://suara.tv/20/07/2022/syed-saddiq-arah-agih-wang-rm1-juta-kepada-exco-armada-bersatu-saksi/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/858677/syed-saddiq-arah-lupuskan-rm1-juta-saksi


Penguasa Kanan SPRM, Mohd Syahmeizy Sulong sebelum ini mendedahkan arahan pengeluaran RM1 juta itu dibuat selepas rumah Syed Saddiq digeledah pada 31 Mac 2020 membabitkan siasatan kehilangan RM250,000 dari kediamannya.

Syed Saddiq juga didakwa disyaki bersubahat dengan dua individu lain berhubung kehilangan wang di rumahnya.

Ujar penolong penguasa Polis Diraja Malaysia, ASP Ahmad Marzuqi Ibrahim, hanya Syed Saddiq dan dua individu tersebut mengetahui kata laluan peti besi iaitu tempat simpanan wang tersebut.

Malahan, polis mengatakan hanya cap jari Syed Saddiq ditemukan pada kawasan sekitar peti besi itu.

Ahmad Marzuqi turut mengesahkan tiada kesan umpilan pada peti besi berkenaan selain tiada tanda-tanda pecah masuk ke dalam kediaman Syed Saddiq.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/625688

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20220721/281749863087168


Syed Saddiq perlu ambil pengajaran daripada kes ini.

Dulu memperjuangkan untuk tidak ambil rasuah, tetapi dia sendiri terpalit dengan kes-kes sebegini.

Syed Saddiq perlu berhenti untuk riak dan berkata benda-benda yang boleh memakan diri sendiri.

Kalau perlu, tak usah lagi menjadi ahli politik. Elok jadi selebriti atau pempengaruh media sosial sahaja.

Kalau dilihat, Syed Saddiq gemar bermain TikTok di masa lapangnya. Ada baiknya untuk dia teruskan minatnya itu tanpa terlibat dalam politik.

Comments