1. PRU 1990: Perpecahan UMNO dan Penubuhan Semangat 46
Dalam pemilihan UMNO 1987, Mahathir (Team A) menang tipis ke atas Tengku Razaleigh (Team B). UMNO diharamkan pada 1988, dan Mahathir menubuhkan "UMNO Baru". Team B keluar dan menubuhkan Parti Semangat 46 (S46), yang kemudian bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya 1990. UMNO kekal dominan, tetapi Kelantan jatuh kepada PAS dan S46.
Kekalahan UMNO di Kelantan adalah atas faktor parokial Melayu Pantai Timur dengan kawasan tempatan tanpa melihat gambaran besar. Mereka tidak peduli dengan politik luar dan menyerahkan isu-isu itu kepada pemimpin.
Berdasarkan data, kemerosotan pengundi Melayu hanya 2.4% berbanding PRU 1986 dan S46 hanya memenangi 8 kerusi Parlimen daripada 61 kerusi.
SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/279937
https://thepatriots.asia/parti-semangat-46-parti-yang-paling-ditakuti-tun-m/
https://www.malaysiakini.com/news/676239
2. PRU 1999 (Pasca S46)
BN gagal mengekalkan penguasaan di Terengganu kerana faktor sama yang berlaku di Kelantan ketika PRU 1990.
Parti Keadilan berjaya mendapatkan 5 kerusi Parlimen dalam 'debut' pilihan raya.
Berdasarkan data, sokongan orang Melayu terhadap BN menurun sebanyak 54% berbanding 81% pada PRU 1995.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/393274
3. PRU 2018 (BERSATU)
Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh purata 26.07% undi Melayu dan selebihnya mereka memperoleh sokongan menerusi undi bukan Melayu.
BN masih memperoleh lebih banyak undi daripada kaum Melayu iaitu 46.29% manakalah PAS (28.14%).
Namun angka sokongan orang Melayu terhadap BN merosot berbanding 64% pada PRU 2013.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/393274
https://dahalmi.com/2018/05/22/pru-14-keputusan-dan-analisis-mengikut-kerusi-dan-kaum/
4. PRU 2022 (PEJUANG DAN GERAKAN TANAH AIR)
Perikatan Nasional (PN) paling banyak memperoleh undi orang Melayu kerana membawa naratif yang meyakinkan pengundi bahawa gabungan itu boleh membawa agenda Melayu yang lebih kukuh berbanding BN.
PN berjaya memperoleh hayunan undi (swing vote) paling tinggi di Perlis iaitu sebanyak 31.2%, diikuti Putrajaya 28.8%; Kedah (23.4%) dan Melaka (22.26%).
PN mencipta rekod menyapu bersih lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan.
Data itu menunjukkan kawasan-kawasan Parlimen yang memiliki lebih 70% orang melayu telah memilih PN.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028847/tsunami-pengundi-melayu-cetus-kemenangan-pn
https://harakahdaily.net/2022/11/dominasi-undi-melayu-bentuk-kumpulan-besar-politik-baharu/
Comments
Post a Comment