Bukti Apa Lagi Mahathir Mahukan?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi meminta mana-mana pihak memberikan bukti bahawa dia 'mengayakan anak-anak dan kroninya' semasa memerintah negara ini.

Rasanya Mahathir tidak perlu meminta sebarang bukti daripada mana-mana pihak kerana semua bukti itu jelas di hadapan mata rakyat.

Sangat jarang melihat keluarga kepada para pemimpin negara ini kaya-raya. Hanya keluarga Mahathir mampu memecah norma itu.

Bukan seorang tetapi semua anak-anak Mahathir memiliki kekayaan yang luar biasa.

Mustahil semua anak-anaknya mampu menjadi kaya-raya tanpa bantuan Mahathir. Malah ada anaknya pernah tersenarai dalam kelompok manusia terkaya di Malaysia.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2023/07/kayakan-anak-dan-kroni-mana-bukti-dr-mahathir/


Sebelum ini, Mahathir mengatakan dia tidak sesekali mengamalkan pendekatan nepotisme dalam pentadbirannya selama dua dekad sebagai Perdana Menteri.

Namun sebelum ini, tular penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Opcom Holdings Berhad dimiliki oleh Mukhriz serta isterinya dan Mokhzani.

Mahathir memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Hanya selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di Malaysia, telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Mokhzani merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Opcom Holdings Berhad pada masa itu manakala abangnya, Mukhriz adalah pemegang saham terbesar sehinggalah dia menyerahkan sahamnya kepada isterinya sebelum menceburi politik.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/436827


Pada 1994, Sarawak memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanjung Tiara Sdn Bhd. Ironinya, Mukhriz adalah pemegang saham tetapi juga merupakan pengerusi kepada syarikat ini.

Jangan lupa bahawa pada tahun berkenaan, Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika itu.

Pada tahun 2018 apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara.

Ini adalah bukti Mukhriz telah menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China.

Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

https://www.malaysiakini.com/news/488229

https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

https://www.malaysiakini.com/letters/509478


Marina pula pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai Presiden Majlis Aids Malaysia dan menjadi ahli lembaga pertubuhan bukan kerajaan, Sister In Islam.

Marina turut memegang jawatan tertinggi dalam Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra.

Bukan itu sahaja, Marina juga menjadi pemegang amanah Maybank Foundation, sebuah platform utama untuk menjalankan tanggungjawab korporat dalam Maybank Group.

Portfolio Marina bukan calang-calang ya. Selain memegang pelbagai jawatan, dia juga memiliki syarikat-syarikat di bawahnya seperti Boost Juice Sdn Bhd dan Wild Horizon Sdn Bhd.

Marina dikhabarkan memiliki 52 syarikat dengan aset sebanyak RM9 Billion.

Mirzan pula terpalit dengan isu bahawa dia mempunyai pegangan saham syarikat pegangan Petron Malaysia di Filipina, San Miguel Corporation.

Mirzan merupakan ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina dan dipilih sebagai pengarah syarikat berkenaan pada 2010 serta memegang 1,000 ekuiti.

Mirzan yang dikatakan memiliki aset bernilai RM17 bilion pernah terpalit kontroversi apabila Mahathir pernah 'bail out' Konsortium Perkapalan milik Mirzan pada 1990-an menerusi Petronas bernilai AS$220 juta (RM972.7 juta).

Mirzan juga dikatakan menerima pemilikan saham bernilai RM108.5 juta daripada Diperdana Corp yang merupakan milik adik kepada kroni rapat Mahathir iaitu Danny Tan.

Selain itu, Mirzan juga merupakan pemegang saham serta pengarah syarikat M Ocean Capital Sdn Bhd (MOCSB).

Dia juga pernah menjadi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif AHB Holdings Berhad sebelum menjual semua sahamnya dalam syarikat berkenaan pada 2013.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2009/09/10/mirzan-mahathir-appointed-director-on-san-miguel-corp-board/


Berhentilah menafikan apa yang jelas. Mahathir hendak menipu siapa?

Rakyat kini bijak menilai. Sekarang, bermacam maklumat boleh diperoleh. Bermacam pendedahan dibuat di media sosial.

Tak perlu menidakkan apa-apa lagi. Tiada lagi anak-anak bekas Perdana Menteri atau Perdana Menteri negara ini kaya-raya seperti anak-anak Mahathir.

Tak usah menipu atau berkata apa-apa lagi, Mahathir. Bukti apa lagi Mahathir mahu?

Comments