Tempoh pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh pada Mei 2018 hingga Februari 2020 bukan sesuatu yang patut dikenang oleh rakyat.
Rakyat melihat era pemerintahan Mahathir ketika itu banyak merekodkan kegagalan kepada negara.
Undi rakyat yang mengangkat Mahathir untuk menyelamatkan negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menjadi sia-sia.
Banyak projek dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu hanya menemui kegagalan.
Tambahan pula, negara terpaksa menanggung impak buruk daripada langkah-langkah dilaksanakan oleh Mahathir.
Mahathir memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai salah satu manifesto utama pilihan raya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.
Namun, langkah itu memakan diri dan menyebabkan negara berdepan kemerosotan dari segi hasil pendapatan negara.
Kutipan GST mencecah RM44.35 bilion pada 2017 iaitu tahun terakhir sebelum pemansuhan berkenaan.
Malahan, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri mengumumkan peralihan GST kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menyebabkan kehilangan hasil kerajaan dianggarkan RM21 bilion.
Pelaksanaan SST menyebabkan negara terus kehilangan anggaran RM20-25 bilion setahun berbanding era GST.
Situasi itu membebankan kerajaan sehingga ke hari ini dan tidak memberi impak baik seperti didakwa oleh Mahathir di Parlimen pada Oktober 2019.
SUMBER: https://theedgemalaysia.com/article/rm21b-gst-revenue-loss-be-plugged
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur–Singapura pada asalnya dipersetujui secara rasmi oleh Malaysia dan Singapura pada 2013 dan perjanjian ditandatangani pada 2016.
Selepas PRU-14, kerajaan Mahathir menangguhkan projek berkenaan pada Mei 2018 atas alasan menyemak semula kos tinggi yang diluluskan oleh pentadbiran terdahulu.
Tindakan Mahathir menangguhkan projek itu menyebabkan Malaysia terpaksa membayar pampasan sebanyak S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura pada Mac 2021 sebagai bayaran penuh dan muktamad bagi kos yang telah ditanggung Singapura, termasuk perkhidmatan perundingan, reka bentuk infrastruktur dan tenaga kerja projek.
Singapura dikatakan telah membelanjakan lebih S$270 juta untuk projek tersebut, tidak termasuk kos pemerolehan tanah.
Seorang peguam, Mohd Hatta Sanuri, kemudiannya memfailkan saman terhadap Mahathir pada Januari 2023 atas dakwaan kecuaian, mendakwa Malaysia turut kehilangan peluang 70,000 pekerjaan bergaji tinggi dan potensi keuntungan RM70 bilion daripada pembinaan serta operasi HSR.
Selain HSR, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) turut digantung buat sementara pada 2018 apabila kerajaan Mahathir menyemak semula kos projek yang dipersetujui dengan kontraktor China Communications Construction Company (CCCC).
Selepas rundingan semula yang berlarutan hampir setahun, projek tersebut akhirnya diteruskan pada April 2019 dengan kos yang dikurangkan daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.
Tempoh ketidaktentuan lebih setahun itu menghantar isyarat kepada pelabur asing khususnya China mengenai risiko dasar dan konsistensi komitmen kontrak jangka panjang daripada Malaysia.
Langkah Mahathir itu turut menyebabkan projek tersebut mengalami kelewatan untuk disiapkan pada 2028 berbanding jadual asal.
SUMBER: https://www.utusan.com.my/rencana/2021/03/teruskan-ecrl-tidak-perlu-batal/
Kegagalan Mahathir mencetuskan impak buruk kepada negara dan dirasai sehingga ke hari ini.
Banyak lagi kegagalan yang direkodkan oleh Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Mahathir yang dahulu dijulang sebagai penyelamat, kini dipandang sudah tidak relevan akibat kegagalannya.
Dia pernah memberi bayangan mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga tapi sejarah mengajar rakyat.
Peluang tidak akan datang buat kali ketiga. Cukup-cukuplah rakyat terhadap menanggung kesan kegagalan Mahathir sebelum ini.
Comments
Post a Comment