Pempengaruh kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo kekal diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM280,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya, Clint Lim Way Chau dalam kes saman fitnah.
Papagomo mendakwa Guan Eng dan anaknya membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa pengisytiharan pada 2020.
Mahkamah mendapat alasan Papagomo mungkin berdepan tindakan pelaksanaan, termasuk prosiding kebankrapan sekiranya penangguhan tidak diberikan, bukan asas yang mencukupi.
Bukankah sebelum ini Papagomo suka 'langgar' sana sini? Tabur fitnah dan dakwaan sesuka hati terhadap mana-mana pihak?
Mengapa sekarang apabila diarahkan membayar saman sebanyak RM280,000 terus 'kecut perut'?
Adakah disebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi memberikan 'dedak' kepadanya lagi?
Ini bukan kali pertama Papagomo terlibat dalam kes fitnah dan perlu membayar nilai ganti rugi sedemikian.
Mahkamah telah memerintahkan Papagomo membayar ganti rugi RM800,000 serta kos guaman RM500,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah.
Papagomo didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blognya.
Dalam kes berasingan, Papagomo diperintahkan membayar ganti rugi am RM200,000; ganti rugi teladan RM300,000 dan kos guaman RM50,000 kepada seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor kerana menyiarkan penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.
Sementara itu, Papagomo juga diarahkan membayar kos guaman RM20,000 kepada seorang peguam, Datuk Sukri Mohamed bagi prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah menyiarkan artikel berbaur fitnah.
Bagi kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Papagomo didapati melanggar perintah injunksi mahkamah.
Akibatnya, dia dipenjarakan selama 30 hari dan diarahkan membayar kos RM30,000 kepada Razarudin. Papagomo kemudiannya terpaksa mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka kepada Razarudin.
Dia juga suka mencetuskan isu perkauman di negara ini.
Salah satu kes yang popular adalah dia ditahan selepas menyebarkan sekeping gambar mangsa kemalangan tetapi mendakwa merupakan mangsa insiden rusuhan Low Yat pada 2015.
Walhal, insiden rusuhan di Low Yat itu adalah akibat kes kecurian seorang individu di salah sebuah kedai telefon bimbit.
Ketika ini, dia bersama-sama Mahathir bergabung untuk memperjuangkan Proklamasi Melayu yang didakwa demi kebaikan komuniti Melayu.
Sedangkan Mahathir sendiri gagal memperjuangkan orang Melayu sejak berdekad lamanya dan bekas Perdana Menteri itu juga yang memecah belah komuniti Melayu apabila kerap melompat parti selain mengkritik orang Melayu.
Besar impaknya kepada Malaysia kalau Papagomo kerap memainkan sentimen perkauman.
Apa yang Papagomo akan peroleh dengan bermain sentimen perkauman? Perjuangan untuk orang Melayu sangat meluas.
Perlukah melaga-lagakan antara kaum di Malaysia semata-mata kepentingan politik peribadi?
SUMBER: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/07/15/papagomo-ditahan
Papagomo sebelum ini mendakwa ada pihak yang menipu bekas Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan Perpaduan adalah titah YDPA selepas tiada mana-mana pihak mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.
YDPA ketika itu sangat mengambil berat isu berkenaan kerana akan mengganggu gugat pentadbiran negara dan meresahkan rakyat.
Adakah Papagomo sebenarnya tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA pada masa itu?
Keputusan yang dibuat berlandaskan beberapa siri pertemuan dengan semua pihak terbabit.
Dokumen akuan bersumpah juga diberikan mengikut prosedur dan tatacara ditetapkan.
Tidak perlu sibuk dengan hal pentadbiran negara.
Biar YDPA dan Majlis Raja-Raja menentukan keputusan yang terbaik untuk rakyat serta negara.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/07/01/bukit-aman-siasat-papagomo-dakwa-zahid-tipu-agong/
Kalau tidak berani bayar saman, mengapa sibuk-sibuk keluarkan pelbagai kenyataan berbaur fitnah dan tuduhan kepada mana-mana pihak?
Sudah buat, berani tanggung.
Kalau rasa tak mampu bayar atau tiada sesiapa mahu menghulurkan 'dedak' lagi, berhentilah memfitnah orang.
Tiada faedahnya, hanya mengganggu keamanan negara.
Gunakan status pempengaruh itu mengajak orang ramai bersatu, membuat kebaikan adalah lebih baik.
Comments
Post a Comment